Followers

aduhai cita cita??!
Alhamdulillah,segalanya telah berlalu,inni merasa bebas sekarang.Bagi inni ,satu lagi bentuk penjajahan baru terlepas daripada hidup inni iaitu PMR.Tidak tahulah apa natijahnya akan datang. Harap inni akan berjaya untuk mengejar cita cita inni untuk menjadi seorang mufti. Mungkin orang tidak memandang kerjaya seperti ini.Tetapi bagi inni sendiri,inni merasakan inni perlu meneruskan perjuangan ulama` dalam menyampaikan risalah islam kepada orang ramai. Kehidupan akhir zaman memang sukar untuk dibayangkan kerana macam macam perkara telah berlaku dan akan berlaku. Inilah hakikat dan reality dunia sekarang ini.Inni bukan bermaksud inni tidak pernah melakukan dosa.Tetapi dengan dosalah inni sedar akan betapa pentingnya `amar maaruf nahi mungkar`.

Pada masa yang lepas di MITIB,sesi pembelajaran di maktabah,sedang inni menunggu guru madah masuk ke kelas untuk meng`gerakgempur`kan kami seluruh pelajar PMR 2010 MITIB,sempat inni mengambil dan membaca senaskhah surat khabar di atas meja maktabah kerana ada satu topik  yang menarik inni untuk membacanya berkaitan isu semasa dan sosial tetapi inni sudah lupa tajuknya..hehe.selepas itu,inni mula menjelajah ilusi minda untuk berfikir tentang perkara ini. Maka akhirnya timbul satu persoalan di benak inni iaitu `mengapa manusia sering melakukan dosa sedangkan mereka tahu perkara itu adalah salah?adakah mereka tidak mempunyai ilmu?`. Tidak dinafikan lagi,inni sendiri pernah melakukan dosa dosa. Tetapi Alhamdulillah inni telah bertaubat kepada allah dan mengharapkan pengampunannya. Tetapi bagaimanakah dengan manusia yang berada di luar sana?adakah mereka mempunyai satu kekesalan dalam hati mereka apabila telah melakukan dosa? renungkanlah……

Alhamdulillah, inni sangat beruntung kerana telah dilahirkan dalam keluarga yang kuat agamanya.Tidak pernah meninggalkan solat dan melakukan amalan yang lain. Alhamdulillah juga, inni sedang belajar dalam suasana yang tenang sebagai seorang penghafaz al quran.Tetapi adakah mereka yang di luar sanaberuntungseperti inni?Bagi inni,selain nikmat islam yang allah berikan,nikmat berada dalam keluarga yang mentaati agama dan boleh menghafaz al quran juga sesuatu yang membuatkan inni bersyukur kepada allah.

Semakin banyak inni berfikir,semakin banyak persoalan yang timbul sedikit demi sedikit. Kepala inni hampir menjadi `sewel` dek kerana perkara ini. Satu persoalan pun inni tidakdapat merungkaikan dengan teliti.Tidak tahu mana yang patut diselidik dahulu.Semakin banyak inni berfikir,semakin banyak rupanya yang inni tidak tahu. Benarlah kata ustaz inni,ilmu allah ini begitu luas seperti firman allah yang bermaksud:

“katakanlah(Muhammad).”seandainya lautan menjadi tinta untuk(menulis) kalimat kalimat tuhanku,maka pasti habislah lautan itusebelum selesai (penulisan)kalimat kalimat tuhanku,meski pun kami datangkan tambahan sebanyak itu(pula)”                 (surah al kahfi:109)

Ayat ini menunjukkan bahawa betapa luasnya ilmu allah yang perlu kita cari.tiada satu perkara pun yang allah ciptakan itu sia sia. seperti contoh,cuba pembaca memikirkan tentang penciptaan seekor nyamuk. Nampak seperti tidak ada apa apa,malah boleh memberikan mudharat kepada manusia. Tetapi adakah pembaca sekalian tahu keistimewaan seekor nyamuk terhadap manusia?Tanpa nyamuk,tidak akan ada orang yang ingin mencipta penawarnya,tidakakan ada penyembur racun serangga dan tidak akan ada orang yang akan bekerja di syarikat penghasilan racun serannga tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa dengan penciptaan seekor nyamuk boleh memberi peluang pekerjaan kepada manusia yang perlukan kerjaya untuk terus hidup.Adakah pembaca sekalian pernah memikirkan perkara yang sama? Adakah pembaca setuju dengan pendapat inni ini?

      Di sini inni ingin mengajak pembaca untuk berfikir tentang ilmu allah dan cita cita. Jika pembaca berminat tentang sesuatu perkara,maka teruskanlah mendalami minat itu. Gunakanbakat yang ada untuk mencapainya.Seperti inni,inni menghasilkan blog ini untuk merealisasikan impian inni. Ini baru langkah yang pertama.Inni ingin bermula melalui dakwah penulisan dahulu.Inni memberanikan diri untuk memberi pendapat dan pandangan terhadap sesuatu perkara. Dan tidak mustahil satu hari nanti inni akan berdiri di khalayak ramai untuk menyampaikan wacana islam. Inilah yang inni harapkan.

Ketika inni masih kecil,masih belajar di sekolah rendah. Inni tidak pernah memikirkan tentang cita cita. Dan apabila ada individu yang menanyakan inni tentang cita cita ,inni akan menjawab main main seperti `superman,spiderman,ultraman dan macam macam`. Tetapi setelah inni menjejaki kehidupan sekolah menengah dan menetap di asrama,inni melihat ramai rakan rakan yang mengatasi corak pemikiran inni. Maka timbul rasa irihati dandengki terhadap individu yang tertentu,inni pun mula melakarkan cita cita dalam diri dan berusaha untuk mencapainya. Inni harappembaca menyokong semangat inni agar satu hari nanti inni tidak tergelincir dari landasan yang ditentukan.

       “wajib ke atas setiap individu muslim itu menuntut ilmu”. Inilah kata kata yang cuba inni garapkan setiap masa dalam sanubari. Sebagai seorang muslim,tanggungjawab untuk menuntut ilmu tidak akan terlepas sehingga akhir hayat. “tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”. Satu lagi kata kata yang inni cuba cetuskan dalam pemikiran inni. Inni akan memecahkan ice berg yang selama ini tertanam dalam diri inni. Inni percaya setiap manusia mempunyai satu potensi yang besar untuk mencapai sesuatu perkara.
Olehitu,inni mengambil peluang ini untuk berfikiran dengan lebih jauh untuk merealisasikan impian inni untuk menjadi seorang mufti. Inni mengharapkan doa daripada ibubapa, guru guru, rakan rakan serta pembaca yang mengikuti perkembangan blog inni ini…wallahu a`lam…
Labels: , 0 comments | edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...