Followers

2011 pergi...seribu kenangan..

Assalamualaikum dan salam ukhuwah inni ucapkan kepada semua pembaca setia blog inni akhafullah ni. pertamanya inni nak minta maaf kepada semua kerana sudah lama meninggalkan blog ini sehingga hampir usang...hehe... menurut last entri yang inni postkan dalam blog ni...nampak gayanya memang agak lama lah juga inni tinggalkan blog ni...alasannya kenapa?...senang je...malas..hehe...namun, ada juga rakan2 inni di facebook bertanya “syam, apesal blog ko tu bersawang je?...tkde entri baru ke?”...haha...nampaknya, ada juga sahabat yang mengambil berat tentang blog ni..terharunya...wuu...
Jadi kalau semua pembaca baca tajuk entri inni kali ni..(2011 pergi...seribu kenangan..) ..sebenarnya saja je letak tajuk macam tu sebab tak tau nak bagi tjuk pe..walaubagaimanapun, tahun 2011 ni merupakan tahun yang paling terindah setakat ni buat inni sebab banyak benda yang inni dapat belajar daripada sekeliling inni. Nak tau ape?...jom baca..
Kalau nak cerita yang dari awal tahun punya, memang letih la jari ni nak tulis. Cukuplah setakat mana yang memberi kenangan indah untuk inni. Yang pertamanya, inni rasa bangga dengan kumpulan nasyid MITIB yang inni dan teman2  lain tubuhkan sebab dah berjaya merangkul naib johan ketika pertandingan amal islami peringkat zon3 pada bulan april yang lalu. Walaupun tak dapat johan an...tp sekurang kurangnya dapat bagi saingan pada penasyid2 yang lain..lagipun team nasyid ni tak ada jurulatih. Jadi rasanya sudah cukup hebat lah untuk memberi saingan kepada mereka memandangkan kami ni masih baru..hehe..apa apa pon..doakan inni dan teman2 nasyid yang lain dapat johan la pulak taun depan ea?..haha..tahun depan inni last dekat MITIB....
Seterusnya, perkara yang menyebabkan inni menganggap 2011 sebagai tahun yang terbaik ialah.. pada tahun ini juga, inni berjaya menyelesaikan hafazan al Quran 30 juzuk, satu nikmat yang tak terkata..Allah yang mengatur segalanya..kalau Allah tidak izinkan..inni pasti belum dapat menjadi seperti sekarang ini..semoga Allah pelihara ayat ayatNYA dalam diri inni ni..inni juga harapkan supaya semua teman teman....sahabat handai...mahupun semua pembaca setia blog ni supaya dapat mendoakan inni agar menjadi seorang AL HAFIZ yang Allah redha....wuu..~..terharu kejap...
Akhirnya, kalau inni nak senaraikan semua perkara dekat sini..alamat memang berzaman la nak baca..hehe...2 perkara tu pun sudah cukup bermakna buat inni untuk tahun ni...banyak perkara yang inni lalui sepanjang tahun ni...ada yang sangat gembira..gembira...sedih...sangat sedih..tak ada perasaan..hehe...semuanya ada. Harapan inni agar tahun yang berlalu pergi ni..menjadikan inni semakin matang dalam menempuh kehidupan..dan tahun yang akan dtg ni..memberi nafas baru, semangat baru untuk inni..dan 2012 juga merupakan tahun terakhir inni di MITIB sebagai pelajar sulung maahad tersebut..maknanya tahun depan inni bakal menghadapi SPM...ngee~...agak gementar di situ..hehe...
HUKUM FITNAH -agama islam dan muslim
SESUNGGUHNYA fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah)

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.
Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang Muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah)
Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.
Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang  terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam
1. Fitnah melalui kepimpinan negara.
2. Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.
3. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.
4. Fitnah melalui ungkapan.
5. Fitnah melalui penulisan.
6. Fitnah melalui iklan produk.
7. Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.
8. Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.
9. Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.
10. Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.
Fitnah melalui kepimpinan negara
Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.
Ada pula yang tidak menampakkan Islam secara jelas,isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang keliru dan terus keliru.
Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan
Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketika sedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.
Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut nak tegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).
Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untukdilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.
Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian
Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama ada tidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai dikalangan orang Islam ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.
Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatu, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.
Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa,menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.
Fitnah melalui ungkapan
Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata: Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas,takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir pada zaman Rasulullah s.a.w.
Fitnah melalui penulisan
Terdapat juga segelintir penulis yang pro aliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.
Fitnah melalui iklan produk
Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produk mereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.
Fitnah melalui penglibatan dalam sukan, hiburan
Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atletmuslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berat, termasuk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.
Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam.Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.
Fitnah berbangga kerana memperbanyakkan masjid
Satu lagi fitnah pada akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replika masjid yang menelan belanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.
Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat
Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat. Terdapat senario di mana ada pekerja Muslim disebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.
Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam
Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ain, maka ramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta-juta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang Tabung Haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.
Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golongan yang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang berpandangan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.
Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri Muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT.


Manusia suka memfitnah kerana :

1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.

2.Memburukkan peribadi orang lain.

Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.

3.Tujuan tertentu.
Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.

4.Ingin glamour.
ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.

5.SUka-suka.
ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.

6.Ahli neraka.
Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.
Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....
Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.

Wallahua'lam.

terima kasih.

selamat membaca dan fikirkan....
khas untuk sahabat-sahabat inni...



assalamualaikum....alhamdulillah...akhirnya inni telah siap menghasilkan single pertama inni...yang bertajuk TINTA SAHABAT.....harap pembaca2 sume enjoy la ea..??....dan jangan lupa juga untuk nantikan single kedua inni yang bertajuk SAHABAT ITU ANUGERAH.....semestinya hanya di inni akhafullah..... wassalam......
riang raya mitib 2011~~~
assalamualaikum....jom la layan gambar yang inni titipkan untuk para pembaca. gambar di bawah merupakan gambar ketika majlis jamuan raya mitib 2011....kenangan yang tidak akan inni lupakan.....huhuhu


ketika membuat persembahan nasyid sempena majlis jamuan hari raya mitib 2011~~


kelas tasmi` ibnu kathir atau lebih dikenali dengan qalun bergambar bersama guru tasmi`..ust najmi


kelas tasmi` nafi yang sudah meningkat remaja...hahaha!!


kenangan yang tak mungkin inni lupakan bersama f4 mitib 2011....wuuu


gambar formal la pulak......haha....


team baju raya warna ungu.....dari kiri : imran,luqman,ammar,minul,haziq,muzamil..
bawah : udin..


team warna hijau...dari kiri : adib,syakir,fikri,hatta,asyraf n afif.....


team inni...merah..haha....dari kiri: syanil, hisyam,apis n salam.....


team biru.....pijul..zahir...azim...n nuqman....huhu...


poyo macam nak buat cover album plak.....haha...


team warna tak seragam or selain..haha...muhaimin,wafiy,shahiman,muttaqin,hubaib n haikal....


tatau nak kata ape...haha.......
saatnya 30 juzuk dalam genggaman..!!
assalamualaikum inni ucapkan buat pembaca yang masih lagi menanti setia entri inni yang terbaru ni...haha....
apa khabar iman pembaca semua hari ini..??..harap semuanya dalam keadaan baik2 sahajalah....rasanya sudah lama inni menyepi dari memberi wadah yng bermanfaat dalam blog ini....rasanya juga blog inni ni sudah bersawang kerana sudah lama tidak dilihat apatah lagi dibaca...haha..

kalau ditengokkan kepada entri yang lepas.....dah sebulan lebih inni langsung tak post entri langsung... bukan lah inni bermaksud untuk meninggalkan medan dakwah ni diam selamanya...tetapi memandangkan kekangan masa yang harus inni lalui sebagai seorang pelajar....sepanjang tempoh masa itu.....banyak perkara yang inni pelajari daripada sebuah kehidupan...dan juga...sepanjang masa ini terjadinya beberapa detik indah yang inni sudi nak kongsi dengan para pembaca.....

pada cuti awal ramadhan yang lepas.....sebaik sahaja cuti tersebut selesai....inni pulang dengan satu keazaman yang baru...memasang satu niat suci yang telah lama dipendam satu setengah tahun yang lalu....iaitu inni mahu mengkhatamkan 30 juzuk al quran secara hafazan bersama guru tasmik inni iaitu tuan guru Affandy bin Mohd Baharan.....inni tahu bukan senang untuk capai perkara tersebut memandangkan inni perlu habiskan lagi 2 juzuk dalam masa tiga minggu lebih...dengan program ihya` ramadhan sempena bulan ramadhan tahun ni...dengan tarawih...yang lebih memedihkan lagi pada minggu ketiga itu inni mengambil peperiksaan percubaan SMATQ.....!....namun semangat yang ada tak memutuskan usaha inni untuk mencapainya....

pada satu hari...tuan guru inni menanyakan soalan kepada inni "syam...kamu boleh khatam bile??"....lalu inni berkata pada tuan guru.."insya allah..kalau takde arahan melintang...saya akan usaha khatam sebelum cuti raya ni.."...kata inni dengan penuh yakin.... lalu tuan guru diam sahaja...inni dan rakan2 kelas 4NAFI` yang lain tahu...sekiranya tuan guru diam....maka ada rancangan besar yang akan dilakukan nya.... dalam hati inni berfikir..." bahaya nie kalau tuan guru tebuk aku tpi aku tak lepas...silap aribulan..aku tkleh khtam bulan nie.".. perasaan sedikit berkecamuk....lalu inni biar ianya reda....

sewaktu inni sedang bertadarus dengan kumpulan halaqah tadarus inni...seorang sahabat inni, Imran Haqqi... bertanya pada inni.."ko nie biar betul nak khatam bulan nie...sempat ke??..kalau macam tu sehari ko nak tasmik berape??"....hmm...inni pun menjawab "insya allah boleh bulan nie...aku nak khatam dalam bulan barakah nie..lagipun aku tak nak terbeban dengan peperiksaan sebenar SMATQ nanti...sehari aku nak tasmik 5 muka!!.."..jawab inni dengan penuh yakin...tetapi dalam hati masih ragu2 tentang keberhasilan kata2 tersebut....sebelum ni inni tidak pernah tasmik sebanyak itu..."takpe...aku cuba.."..getus hati kecil inni...

nak dipendekkan ceritanya....inni berusaha keras untuk menghafaz 5 muka surat setiap hari....dengan berbekalkan semangat dan dorongan teman2 yang lain..dengan halangan seperti terpaksa menjadi imam tarawih di luar sekolah..dengan persediaan menghadapi percubaan..dan program ihya` ramadhan..inni ketepikan semua itu...teringat kata2 tuan guru terhadap pelajar 4NAFI`.."persatuan..persatuan jugak..tasmi` tetap tasmi`"...betapa syadidnya tuan guru inni....pernah juga inni terdengar ade pelajar yng mengeluh "apa fasal tak ada lagi pelajar lelaki yang dah khatam di MITIB nie??"...mendengar keluhan seperti itu sudah membuat darah remaja inni ni bergelora....aku akan buktikan!!

banyak lagi perkara yang berlaku sepanjang inni berusaha untuk khatam dalam bulan barakah ini...antaranya.. tuan guru berkata pada inni "tak confirm tau khatam bulan nie..." atas alasan inni tidak lancar menjawab soalan yang tuan guru berikan(tebuk)....namun inni tidak kesah...inni tetap mahu meneruskan nya juga.... pada minggu ketiga....sewaktu menghadapi peperiksaan percubaan SMATQ...inni lihat teman2 yang lain sibuk menghafaz pelajaran yang akan ditempuh pada peperiksaan...sedangkan inni duduk disamping mereka sambil menghafaz al quran dan menghafaz pelajaran SMATQ....namun yang gembiranya...teman2 inni memberikan sokongan yang padu pada inni untuk mengkhatamkan al quran...akhirnya pada tanggal 25 ramadhan... 25 ogos 2011...inni berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk secara hafazan bersama tuan guru...alhamdulillah...

paling tidak dapat dilupakan ketika mana saat teman2 inni membacakan doa khatam al quran beramai ramai...sungguh tidak terkata inni pada wktu itu...kami gembira seolah olah peperiksaan sudah tamat sedangkan belum lagi...haha....apa pun..terima kasih atas sokongan kalian semua..banyak dorongan yang telah diberi oleh teman2 tingkatan 4 mitib...juga kepada junior2 inni yang banyak menyokong dengan ucapan "ko boleh sebenarnya syam.."...haha...terima kasih sekali lagi kt korang semua sebab sokong inni sehingga inni menjadi PELAJAR MUSLIMIN YANG PERTAMA MENGKHATAMKAN AL QURAN DI MITIB....hahaha..

antara aktiviti lain yang terjadi sepanjang inni menyepi dari blog ni ..haha...

-jadi imam sultan....haha...
-dapat duit raya banyak..haha..
-mak suruh ambil lesen motor...hahaha...
-banyak lagi.....wahaha!!

terima kaseh pada korang semua...:-kelas 4 nafi`

-imran haqqi bin idris
-muhammad nor hatta bin salim
-aminul ghazali bin jawawi
-muhammad muzammil bin murad
-shahiman manja bin saharil
-nur salam bin abdullah sani
-muhammad asyraf bin shahran
-ahmad syakir hakim bin muhd yusof
-muhammad hafizuddin bin saif
-muhammad hafiizhuddin bin sarudin
-ammar bin nasha
-muhammad amirul nuqman bin mohamad azmi
-mohamad hafidzul ilmi bin razak
-inni...haha...

-n sume pelajar form 4 mitib....n budak junior inni..haha...sayang korang semua!!..haha
cerpen:kerana kau mata hatiku
Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm...sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!
Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga...siapa tahu.
Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam...masin... manis...semua ada!
Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa... seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.
Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.
Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan ‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.
Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘guna-guna’ ke??? Alamak...terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.
Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi...
***
“Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.
“Hmm...ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku...” Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.
“Yeke? Alhamdulillah...murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton drama Impak Maksima, menyampuk.
“Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.
Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.
“ Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.
Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik...di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.
“Aku tahu. Terima kasih Hadi...Syam.”
Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.
***
Masjid India, 10 pagi...
Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.
Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai semalam. Mungkin hari masih awal.
Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???
***
Masjid India, 10 malam...
Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menati si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!
Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan ‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.
Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yang tertangguh kelmarin.
“Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpanya bersembang denganku.
“Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape...tak cantik ke aku ni?!
Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak! Matanya...keningnya... hidungnya...mulutnya... semuanya cantik terbentuk.
Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, aku kembali ke alam nyata.
“Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat.
Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!
Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi....
Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.
“ Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.
“Err...awak...” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku....
“Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.
“Tapi...” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.
“Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai...” Dengan perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.
Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis. Dalam diam, aku mengagumi dirinya.
***
Dua tahun kemudian...
“Ikhwan...Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.
“Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah...” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.
“Emm... kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..
Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.
“ Wan, Suri tak main-main...” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.
“Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu...” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.
Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.
“Hmm...” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar menbuat hatiku berlagu riang.
Aku akan nantikan saat itu...
***
Suatu pagi...
“Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.
“Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.
“Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula...” Suaranya kedengaran begitu ceria.
“ Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.
“ Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.
***
Sebulan kemudian...
“Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.
Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja igin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.
“Suri...cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam. Tiada kata yang mampu ku ungkapan.
“ Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selama-lamanya asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.
Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.
“ Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan... Wan nak kabulkan janji Wan dulu pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut Ikhwan itu.
***
Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku?
Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.
Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.
Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.
Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err...maafkan saya Cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.
“Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.
“Ya..saya Ikhwan tapi macam mana...” Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya,gadis buta itu bersuara lagi.
“ Sebab saya Su..Suri...” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.
Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.
“Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.
Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.
“Ya Allah...Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!
“Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.
“Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri...” Suara Ikhwan kedengaran sedih. Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat ditelingaku.
Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.
“ Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang melihat langsung tidak dipedulikan.
“Suri tak perlukan lagi...” Pendek aku menjawab.
“ Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.
“Sebab... Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya” Aku senyum lagi.
Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.
“Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.
“Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya...” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.
Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku tunggu-tunggu selama ini.
Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya...


credit to www.tentangcinta.com .....

pertandingn blog kreatif...



salam ukhuwwah....ha...gambar apa atas nie...nie la program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri selangor untuk meniktiraf para blogger yang ada di malaysia nie....jadi untuk pengetahuan sume pembaca blog inni akhafullah nie...inni telah pon menyertai pertandingn blog kreatif tersebut..jadi inni minta jasa baik para pembaca agar dapat vote inni..haha...bukan apa..inni ingin jugak suatu hari nanti...dakwah yang inni sampaikan pada semua dalam blog nie diterima sume lapisan masyarakat

apepun...jemputlah untuk mengundi...haha



selepas itu, cari la blog inni...dan vote !

http://inni-akhafullah95.blogspot.com

terime kaseh~~~~wassalam.....
sahabat mitib......



salam ukhuwwah...ha..wajah2 diatas merupakan sahabat sahabat inni yng bnyk membantu inni mengenali kehidupan di MITIB.....

dari kiri atas :  azim, ammar, minul, hafiizhuddin, asyraf, shahiman, nuqman, luqman, hafizuddin, imran, haikal, afif, haziq, hafidzul, hatta, hisyam, muttaqin, adib, muzammil, muhaimin, wafiy, syanil, salam, syakir, dan zahir..

tiada dalam gambar : hubaib ngn fikri....

haha...sori la kepada fikri ngn hubaib, inni takde gambar dua orng nie.....mereka semua inilah generasi pertama MITIB(yng laki r)...terima kasih kepada semua sahabat2 inni nie.....uhibbukum fillah.......
perhatian!!
 salam ukhuwwah....artikel yang inni ingin kongsikan dengan pembaca kali ni inni jumpe di dalam profile seorng kenalan inni di facebook.......renungkan......

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..  

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:   Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

SUBHANALLAH...........hanya allah yng tahu bilakah akan terjadinya kiamat......
besarnye ganjaran mengajak pahala atau dosa?
salamun alaikum......sudah lama rasanya inni tidak menambahkan ilmu pembaca yang setia melayari blog inni akhafullah ini. sebenarnya di facebook, inni ada join satu group dakwah... dan di situ banyak sangat ilmu yang inni dapat.....jadi rasanya tidak moleklah kalau inni tidak berkongsi dengan para pembaca.... jadi hayatilah apa yang disampaikan di bawah ini.......




Ustaz di depan membacakan sebuah hadis. Hadisnya berbunyi lebih kurang begini:

“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang buruk ...lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun.

Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1017 (Kitab Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…).

Ustaz punya kuliah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai bahagian pertama hadis ini dimana kelebihan melakukan sesuat kebaikan itu dan kemudian diikuti oleh orang lain. Subhanallah. Mudahnya nak buat 'duit', nak melabur saham, nak jadi businessman. Cukup mudah.

Kata beliau lagi, usahawan yang berjaya adalah mereka yang goyang kaki pon duit masuk. Apatah lagi kalau kita kerja, berganda-ganda lagi ganjarannya.


Cuba bayangkan k. Kita ajar seseorang ni mengaji. Then bila kita dah tak ada kat situ, kemudian orang yang kita ajar itu meneruskan usaha sendiri untuk mengaji. Kat situ je, kita dapat pahala free2 je. Islam itu indah. mudah saja nak dapat pahala. Pastu jeng3x orang yang kita ajar mengaji tu ajar pulak orang lain mengaji. Pergh, tak ke untung kita kat situ?

Umpama MLM (tekan untuk maklumat lanjut) la. Tapi jangan lak kita wat business MLM ni. Aku selalu dengar debate2 mengenainya dan kebanyakan pendapat mengatakan xleh amalkan.


Back to the topic. Macam MLM, kita anggap kita orang kat atas. pastu kita ada downlines. pastu downlines kite ada lagi banyak downlines tuh. pergh. Berapa banyak tu? Dan Allah telah janjikan kita akan dapat pahala setiap orang yang mengamalkannya tanpa mengurangkan walau sedikit pon. Ush, kalau sejuta orang, x ke sejuta kali ganda kita dapat pahala? Senang2 je dapat pahala. Mungkin diketika itu kita xbuat kebaikan/amalan tu pon kita dapat pahala.


Indahnya Islam.

 Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.

 Memang bertepatan juga dengan hadis yang 1st tuh. Amal lain kita sume dah terputus dah. Duit simpan banyak2 tak guna dah. Kapal terbang berguni-guni tak guna dah. Jam tangan Rolex pon xde guna dah.


Melainkan 3 perkara diatas. yang ingin ditekankan disini, ilmu yang bermanfaat yang diamalkan.


 Bahagian kedua hadis itu pula bunyinya lebih kurang tapi maksudnya mengerikan. kenapa mengerikan? sebab apa aku kata begitu?


Sebagai contoh. Kita hisap rokok. Pastu adik kita ternampak kita hisap rokok tu. Kita siap buat bentuk 'O', hati, kupu-kupum dinasaur dan lain2. Dia pon teruja. Then die pergi kedai beli sebatang. Dia pon hisap. Dia try buat bentuk2 tu sampai abes sebatang. Pon tak jadi2. Pe jadi? dia pon g bli lagi. Dengan alasan nak bagi sampai jadi. Then dah banyak kali hisap, jadi ketagih.


Then kawan-kawan dia pulak blaja dari dia hisap rokok. Last2 satu skolah hisap rokok sebab adik kita tu ajar. Siap distribute lagi ke sekolah-sekolah lain dan buat business lagi tuh. Apa jadi kat kita? sebagai 'pengasas'? Berguni-guni saham kita dapat. Saham dosa. Berapa banyak orang-orang yang amalkan itu dapat, banyak tu jugaklah yang kita dapat. Pastu bila orang-orang tu hisap, orang awam pulak hidu. dia jatuh sakit. Macam-macam boleh jadi.


Then bila kita mati sekalipun, berguni-guni saham dosa kita dapat. Elok-elok timbangan pahala kita mungkin lebih dari dosa, sekali tambah lagi seguni dosa. Dah dosa lebih berat dari pahala. Kena masuk neraka. (CONTOH, OK). Nauzubillah.


Adakah kita nak begitu?


Dan azab Allah itu amat berat.


So what say you? Pikir2 lah dan selamat membuat saham.
dalam hela nafas ini....
Tuhan..
malam ini lenaku dalam rengkungan nafas yang sempit
dalam kesesakan dada yang memberat
dalam keresahan jiwa yang membungkam..

Tuhan
aku gembira dalam kedukaan
tersenyum aku dalam titis air mata ini
aku bersyukur dalam setiap percaturan
yang Kau lampirkan sepanjang lembar kitabku..

Kagumnya aku
bagaimana Kau bisa menciptakan perasaan seperti ini
segugus kesyukuran dalam segarit kedukaan
kadang aku gundah memikirkan nasib sendiri
rupanya Kau sedang menciptakan kebahagiaan..

Tuhan
biarlah aku mengadu sampai nafas ini habis
aku tahu Kau sahaja yang menjadi puncak harapanku
dan Kau Tuhan yang tidak menzalimi hambaNya
kerana aku telah menyaksikannya sendiri dalam takdir hidupku
bersyukurnya aku oh Tuhan..

dan aku tahu, bahagia ini tidak akan kekal..
Kau akan mengujinya lagi.. kan Tuhan?




credit to haulid.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...