Followers

satu cerita...huhu


cerita...............




"Mama, Ain nak roti lagi."

"Kan Ain dah makan banyak, nantilah dulu ya."

Ahh.. Ain, berat badannya telah melampaui batas normal untuk kanak-kanak
seusianya. Keadaan ini adakalanya membuatkan Ain termengah-mengah.
Semenjak disahkan penyakitnya telah sampai ke tahap serius dua bulan lalu,
aku berusaha untuk menjadi ibu yang paling tabah. Semuanya demi untuk
melihat Ain gembira. Kesal rasanya telah memuntahkan kemarahan sebelum
ini. Kesal yang tak mungkin akan terubat lagi.



Segalanya bermula lima tahun lalu. Ain selalu demam, ada waktunya hanya
berselang minggu. Telah berbagai jenis ubat yang ditelannya. Namun
sembuhnya hanya sementara. Ain akhirnya ku bawa merujuk kepada pakar
kanak-kanak. Tangisan Ain bergema sewaktu contoh darahnya diambil. Masakan
tidak. Ain baru berusia tujuh bulan saat itu. Gelap rasanya pandanganku
apabila doktor mengesahkan Ain leukemia. Ubat-ubatan yang diberikan
sekadar untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Tiada lagi penawar bagi
penyakitnya di saat itu. Ohh.. tidak mungkin.

Waktu itu aku hamil dua bulan. Bercelaru rasanya, bimbang ia akan menerima
nasib yang sama. Aku harus menjalani ujian lagi.

"Leukemia bukanlah penyakit berjangkit atau keturunan. Peluang untuk
kandungan puan seterusnya mengidapnya adalah tipis. Tapi puan perlu
menjalani ujian untuk itu. Jangan bimbang, puan pasti selamat, bersabar
sahaja."

Kata-kata doktor muda itu ku sambut sepi. Aku tenggelam dalam seribu
kebimbangan dan kemungkinan. Bagaimana kalau nanti dia juga menerima nasib
yang sama. Bagaimana kalau di saat aku melahirkannya, Ain kesakitan. Adam
hanya mengeluh sewaktu ku luahkan kebimbangan yang bersarang. Sebagai anak
sulung, Ain menjadi kesayangan kami. Tambahan pula Adam dalam proses
kenaikan pangkat. Oleh itu beliau perlu menghadiri kursus demi kursus.
Demi untuk Ain, aku akhirnya menyerahkan surat permohonan cuti tanpa gaji.

Selepas itu Ain harus sering ku bawa bertemu doktor. Berbagai ujian dan
rawatan harus dilaluinya. Ada waktunya ingin sahaja aku mengalah dengan
corak rawatan tersebut. Ain tidak menggemari ubat, oleh itu bagai
penyiksaan harus dilaluinya setiap kali ubat diberikan.

"Pada tahap yang dialami Noraishah sekarang, peluang untuknya masih cerah.
Tapi bukan untuk sembuh sepenuhnya. Puan perlu bersabar, memang ia
menyakitkan. Kalau nasibnya baik, dia mungkin sembuh."

Ayat terakhir dari doktor itu bagai satu hukuman bagiku. Bagaimana kalau
nasib tidak menyebelahinya. Ohh, aku akan kehilangan Ain. Kesakitan
sewaktu melahirkannya masih terasa, mana mungkin aku harus kehilangannya.

Berhadapan dengan seribu kemungkinan itu aku semakin tertekan. Apatah lagi
setiap kali ku khabarkan penyakit Ain, hanya berita kematian yang ku
telan. Setiap orang bagai menanti saat kematiannya. Mereka bagaikan hairan
apabila setiap kali berhari raya, Ain ada bersama kami. Ada waktunya aku
ingin menyisihkan sahaja keluarga kami dari mereka.

"Perasaan Idah saja tu, abang tak nampak pun mereka buat macam tu. Dah lah
tu, sabar saja, mereka tu simpati dengan kita."

"Macam mana Idah nak sabar, bila nampak Ain, dia orang cakap apa tau, eh..
eh.. Ain sihatnya, apa maknanya tu?"

"Baguslah kalau mereka kata Ain sihat, kalau dikatanya Ain sakit macam
mana?"

Pertanyaan Adam ku biarkan tergantung di situ. Sikap penyabar Adam ada
waktunya mematikan patah perkataan yang ingin ku lontarkan. Menjelang usia
Ain tiga tahun, Ain menunjukkan tanda positif. Pertumbuhannya bagai
kanak-kanak lain. Sangkaku pastinya penyakit Ain telah sembuh. Berbayar
rasanya segala pengorbanan selama ini. Kenakalan Ain dan Adib ada waktunya
menguji kesabaranku. Seharian di pejabat dengan berbagai tugasan.
Keletihan itu adakalanya membuatkan aku hilang pertimbangan wajar.
Seringkali aku meninggikan suara pada mereka.

Namun selepas itu, kekesalan akan bersarang di benakku. Tatkala melihat
Ain dan Adib nyenyak di katil mereka aku rasa bersalah. Tidak adil aku
melepaskan kemarahan di atas kesalahan yang kecil. Apalah lagi yang boleh
dilakukan oleh kanak-kanak seusia mereka selain bermain dan bergaduh.

Ain sebenarnya amat rajin membantu. Dalam usia sebegitu, dia ingin
melakukan tugas yang aku lakukan. Kalau aku membersih rumah, Ain akan
turut serta.
Meskipun hanya menambahkan tugas yang ada, sekurang-kurangnya Ain berusaha
untuk itu. Pertanyaan Ain adakalanya membuatkan aku kehabisan idea untuk
menjawab. Kadang-kadang aku risau bila Ain memulakan persoalan. Perkataan
'kenapa' darinya pasti akan memerlukan penghuraian yang panjang lebar. Aku
sendiri tidak pasti apakah keterangan yang diberikan benar-benar
difahaminya atau sekadar ingin berkomunikasi dua hala.

Menginjak ke usia lima tahun, Ain menunjukkan perubahan ketara.
Perkembangan berat badannya mula merisaukan aku. Selera makannya
mengalahkan orang dewasa.
Paling digemarinya makan di restoran segera. Tidak menjadi masalah bagi
Ain untuk menghabiskan nugget dan kentang gorengnya. Selera makannya ada
waktu membuat kesabaranku hilang. Masakan tidak, dalam kesesakan
jalanraya, Ain boleh menjerit minta ayam goreng, hanya kerana terlihat
papan iklan ayam goreng.

"Sudahlah Idah, budak-budak macam tulah." Itulah kata-kata Adam setiap
kali aku memarahi Ain. Kadang-kadang aku rasakan disebabkan Adam selalu
menurut katanya Ain jadi sedemikian. Apa sahaja yang dipinta Ain akan
dipenuhinya.

"Mama, nanti jahitkan telekung baru untuk Ain ya."

"Kan telekung Ain tu elok lagi, buat apa yang baru."

"Ala mama, Ain nak yang ada renda macam baju Cinderella ni. Nanti bila Ain
ikut mama sembahyang, Ain cantik macam Cinderella."

"Ain tau tak, Cinderella tak makan banyak macam Ain."

"Okeylah mama, nanti Ain makan sikit aja ya, tapi mama buatlah dulu."

Pelbagai karenah Ain yang tak mungkin luput dari ingatan rinduku. Pernah
Ain suarakan aku buatkan renda pada telekung itu untuk menjadi penawar
rindu.
Kononnya ia seperti apa yang dilakukan papanya. Adam yang selalu
menghadiri tugas keluar daerah telah membelikan patung Cinderella.

Menurut Adam, Cinderella itu adalah wakilnya setiap kali Ain rindu pada
papanya. Ianya benar-benar berkesan. Ain akan berbual dengan patung
tersebut setiap kali sebelum tidur sekiranya Adam tiada.

Aku dalam kegembiraan kerana disahkan mengandung lagi. Ain kepenatan
sewaktu dalam perjalanan untuk meraikan berita gembira itu. Lantas kami
membatalkan niat itu dan membawa Ain ke doktor. Bagai ada halilintar yang
memanah, apabila diberitahu penyakit Ain telah sampai ke tahap serius. Ain
perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Menurut doktor, saraf yang
mengawal nafsu Ain telah rosak. Itulah sebabnya Ain tidak merasa kenyang,
meskipun telah makan dengan banyak. Mengapalah tidak aku fahami keadaan
itu sebelumnya. Sangkaku keadaan itu bukan kerana penyakit. Kenapalah aku
tidak boleh peka dengan itu semua.

Betapa pilu hatiku melihat pelbagai wayar disambungkan ke badan Ain. Ada
waktunya Ain tidur seperti pengsan. Apapun berlaku, tak akan ku biarkan
Ain sendirian. Semoga Ain sedar betapa kasihku yang sentiasa melimpah
untuknya. Tidak putus doa ku panjatkan agar Ain sembuh semula. Namun
kepiluan tidak dapat ku hindarkan apabila doktor membenarkan apa saja yang
dipinta anakku. Ain seperti tidak perlu lagi berpantang meskipun
keadaannya amat tenat. Terasa benar Ain bagai pesalah yang menanti hukuman
mati.

Petang itu sebagaimana biasa Adam tiba untuk giliran menjaga Ain. Aku
perlu rehat demi kandunganku. Tambahan pula Adib lebih rapat denganku
berbanding Adam. Menginap di hotel memerlukan perbelanjaan yang bukan
sedikit. Segalanya perlu dibayar, makanan, dobi dan sebagainya. Tidak
sanggup rasanya menyusahkan saudara yang ada.

Telah hampir seminggu kami di sini. Keadaan Ain tidak menampakkan
tanda-tanda akan sembuh. Kunjungan saudara mara juga silih berganti.
Semuanya seperti tidak memberikan harapan pada Ain. Entah kenapa airmataku
tidak mampu tumpah kali ini. Mungkin keadaan tersebut telah menjadikan aku
semakin tabah. Biasanya setiap kali Ain dimasukkan ke hospital airmataku
akan mengalir sehinggalah saat Ain dibenarkan pulang.

Namun sebaliknya Adam kelihatan lebih emosi kali ini. Matanya sentiasa
berkaca kala membaca surah Yassin di sisi Ain. Sebagai seorang lelaki
airmata amat mahal baginya. Dan yang mahal itu kini tertumpah untuk Ain
kesayangannya. Bagiku mungkin dugaan kali ini terlalu berat untuk
meninggalkan Ain. Meskipun Adam telah lama tiba, aku seakan terpanggil
untuk terus di sisi Ain.

"Idah pergilah sebelum Adib menangis dan mengejutkan Ain."

"Hati Idah tak sedap benar rasanya, nantilah sekejap lagi."

"Tak baik macam tu Idah, anak kita akan sembuh, pergilah."

Seketika itu ibu dan adikku tiba untuk melawat Ain. Mata tua itu kiranya
lebih memahami keadaan.

"Dah tenat nampaknya budak ni, kau tunggu sajalah Idah, biar mak jaga
Adib."

Benar bagai dikata ibu. Hanya seketika itu Ain terjaga dan memanggil
namaku. Patah bicara Ain tidak menentu lagi. Air mata Adam kelihatan
mengalir lagi.

"Mama, jangan berdiri dekat pintu tu, Ain tak nampak pintu."

Pintu apa yang kau lihat anakku, sedang perbaringanmu menghadap dinding
batu sahaja. Telah terbukakah pintu langit untukmu, anakku. Janganlah
pergi dulu Ain, belum puas rasanya mama bersamamu. Bicaraku hanya tersekat
di kerongkong.

"Mama, sakit mama."

Ain mula meronta. Sudah tentu keadaan itu membahayakan dirinya. Wayar yang
mengalirkan darah dan air itu seakan mengganggu pergerakan Ain. Sepantas
itu suaraku dan Adam memanggil jururawat.

"Papa, tolong pa, Ain nak bangun, Ain nak pergi ikut pintu tu."

Adam bagai hilang pertimbangan. Airmata kami berbaur dengan tangis Ain.
Suntikan yang diberikan menyebabkan Ain tertidur kembali. Ain terpaksa
dipindahkan ke unit rawatan rapi.

Ibu dan adikku pulang bersama Adib setelah Ain ditempatkan dalam sebuah
bilik khas. Keadaan Ain yang kritikal itu membuatkan aku lebih rela
melihat tangisan Adib yang enggan pergi bersama neneknya. Sepanjang malam
itu Ain langsung tidak bangun. Hanya jejarinya terasa terus hangat
memegang jariku. Aku sendiri tidak pasti telah berapa kali aku dan Adam
menghabiskan surah Yasin untuknya. Malam itu tidur kami hanya beberapa
minit di atas kerusi di kiri dan kanan Ain. Tidak lagi kufikirkan rehat
dan makan saat itu.

Sewaktu azan Subuh sayup-sayup kedengaran, aku tersedar bila genggaman
tangan Ain terasa longgar. Adam yang tertidur di sebelah tersentak bila
aku seakan menjerit memanggilnya. Mesin denyutan jantung Ain menunjukkan
satu garisan yang memanjang sewaktu Adam menghembuskan dua kalimah
syahadah di telinganya. Air mataku gugur sewaktu doktor meluahkan ungkapan
yang tidak mampu diterima oleh setiap yang bergelar ibu.

"Puan, kami telah melakukan yang termampu, Tuhan lebih menyayanginya.
Relakanlah dia pergi."

Apalah lagi yang mampu aku lakukan. Tak mungkin aku boleh mengembalikan
Ain yang telah pergi. Segalanya harus ku terima dengan redha. Maha suci
Allah yang telah menganugerahkan Ain, biarpun sebentar di dalam hidupku.
Kini, meskipun telah enam bulan berlalu, Ain seakan masih ada di
mana-mana. Beberapa kali aku terpanggil namanya bila merasakan ada yang
mengekori setiap yang aku lakukan. Ain pasti akan mengekori kalau aku
sedang menyapu sampah di dalam dan luar rumah. Sukar untuk menerima
hakikat aku kini melakukannya sendirian.

Telekung renda yang dipintanya hanya digunakan beberapa kali sahaja.
Sewaktu Ain dimasukkan ke hospital tempohari dia masih meminta telekung
barunya itu. Telekung itu kini sebahagian dari diriku. Ia ku tempatkan di
sudut yang istimewa agar boleh untukku melihat selalu. Walaupun kini
permergian Ain telah digantikan dengan Anis, kerinduan pada anugerah
sulung itu tetap terpahat di hati. Doaku setiap detik agar Ain tenang dan
damai sentiasa.





cerpen....huhu.......




PART 1

"atirah asyifa!!" tempik ibu di luar bilik. Syifa terus mengelamun sendirian melayan fikiran yang makin buntu mencari penyelesaian.

"along..jangan macam ni nak…bukak pintu ni..long.." rayuan Mak Zaidah sedikit pun tidak diendahkannya.

"ma biaq pergi lah along tu..biar dia tenangkan fikiran dia..dia dah besar ma.."nasihat amirah asrar atau lebih senang dengan gelaran angah..adik yang paling disayangi oleh kakandanya.. sesekali dia sebak melihat keadaan kakak sulongnya,pilu tak terkata..tabahkan hatimu long…Allah amat menyayangimu, long…

Mak zaidah melepaskan dengusan kecil di sudut katil,pening dibuatnya..sejak anak-anaknya dibawah jagaannya,dia makin matang dan tabah menghadapi dugaan hidup..baginya biarlah susah asalkan anak-anaknya hidup dengan kebahagiaan bukannya penderitaan yang dilemparkan oleh bekas suaminya!

"aduh…" rintih Mak zaidah teringat dia akan kata-kata kawannya Samihah..

"pelan-pelan lah idah..anak kau tu perlukan masa,aku boleh tunggu tapi kalau lama sangat..aku takut anak aku pulak yang tak reti nak sabar' …"

"kalau dah jodoh takkan kemana mihah…aku yakin dengan anak aku tu..syifa boleh hadapi!"tegas Mak Zaidah..

"anak kau macam mana mihah..sekarang duduk buat apa??"Tanya dia lagi..
"emmm..anak aku tu lagi sebulan balikla dia dari mesir tu..ambik entah ke benda entah aku lupa pula..syariah ke usul fiqh..entah lupa pula aku ni idah.."digarunya kepala yang tak gatal itu.

Mak Zaidah tersenyum manis,memang dah lama dia berkenan dengan anak samihah tu..tenang dan barakah wajah si umar al-akhtar. Kali terakhir dia melihat umar al-akhtar tahun lepas itupun kerana umar datang ke rumah mengkhabarkan pemergiannya ke mesir selepas pulang beraya ke tanahair kemudian akan terbang ke Universiti al-azhar untuk menyambung pengajiannya setahun lagi..

" ..makcik.."sapa umar dari luar rumah.
"waalaikumussalam. .masuklah umar.."senyum mak zaidah lantas ke dapur menyediakan apa yang patut untuk tetamu yang datang.

"minumlah umar..mana mak kamu?" Tanya mak zaidah..

"ada di rumah, makcik..emmm makcik sihat?" sopan umar bertanya khabar.
"sihat..makcik macam inilah.."senyum mak zaidah lagi..

"emm..makcik tujuan saya datang ni nak sampaikan satu hajat"

"hajat apa dia?" umar senyum melihat kerutan dahi mak zaidah.

"saya ni dah lama berkenan dengan Nur Atirah Asyifa,makcik. . hajat saya nak memperisterikan syifa seumur hidup saya,makcik" jelas umar dengan tenang.

Hati Mak Zaidah tersergah seketika..

"emm..makcik tak dapat nak bagi jawapan dulu..kena Tanya tuan empunya badan dulu na.."balas Mak Zaidah dengan penuh berhati-hati.

"yelah makcik,setahun lagi saya akan balik sini..terus masuk meminang boleh tak makcik?" Tanya umar penuh sabar.

"Insya allah..ada jodoh tak kemana,umar" jawab Mak zaidah lagi ..dia tak berani nak beri keyakinan kepada umar.jelasnya yang dia lihat umar ikhlas menyuarakan hajatnya..datang seorang diri membawa hajat yang begitu besar..berani sungguh kau umar..umar.. umar…

"takpelah makcik..saya pulang dulu ye..sampaikan salam saya pada syifa"umar terus bingkas bangun dari kusyen empuk itu,lantas terus beredar dengan segera mungkin.takut juga dia lama-lama di rumah orang yang penghuninya tiada adam.
"oiii..idah lamanya kau mengelamun!" sampuk Mak mihah tiba-tiba..

"astagfirullah… mihah terkejut aku!" marah kecil mak Zaidah kemudian ketawa bersama-sama mihah.

"aku balik dulu lah..idah..dah nak maghrib ni..ingat tu pesanan aku..bukan apa..anak aku tu bila telefon saja Tanya pasal hal ni..pening jugak kepala ni." Terang Mak mihah..

"yelah..yelah. .sekarang dalam proses memujuk lah ni..sabar' lah " tambah Mak zaidah lagi..

"Ma..ma.."panggil azierah azfa anak yang paling bongsu dari ruang tamu..

"awatnya adik?" berkerut dahi Mak Zaidah,wajah nya tersembul di muka pintu.

"Ma ..tengoklah along tu..dia duduk menangis lagi..makan tak mahu..minum tak mahu..semua tak mahu.." keluh adik sambil memegang dulang yang berisi nasi goreng dan teh panas.

"bagi kat aku."perintah angah memohon dulang itu.lantas dia mengetuk pintu bilik along dengan perlahan.

"long..buka pintu ni..angah nak masuk..angah nak makan dengan along..dari malam tadi aku tak makan..nak makan dengan along.."rengek angah tanda memujuk kakandanya.

Mak Zaidah dan adik naik hairan dengan gelagat angah..tak pernah bercakap manja sebegini dengan along..ahh biar pergi lah..asalkan along makan nasi.

Pintu terkuak dengan sendirinya.. Angah tersenyum kambing ..menjadi jugak lakonan dia..sememangnya kelemahan along tak dapat disangkal lagi..hehehe angah sedikit gelak sambil masuk ke dalam bilik..


"ya allah…apa dah jadi ni.." terkejut angah melihat keadaan bilik along, tisu bersepah.. semua buku berselerak di lantai..di sudut katil along berteleku melemparkan pandangan ke luar sana..angah menggeleng kepala..

"macam ni lah kalau dah ma'zurah..jadi gila dibuatnya along ni.."bisik angah sendirian..

"mari makan long.."pujuk angah sambil menyua sudu yang berisi nasi goreng ke mulut along..

asyifa menggeleng kepala,terasa pahit tekaknya untuk menelan semua itu,air matanya tumpah lagi..mukanya dah sembat kerana menangis sepanjang malam..dan hari ini syifa menangis lagi..

"along…senyumlah… janganlah ditangisi ketentuan Ilahi..jangan menyalahkan diri yang sangat elok di pandangan allah..tapi menangislah untuk menjadi tabah.."

"andai ujian ini untuk menjadikan dirimu wanita solehah..wanita yang dirindui oleh allah..maka bergembiralah duhai kakanda..allah amat menyayangimu… usahlah menangis pada yang meninggalkan luka dalam hatimu..sesungguhny a dia bukan lelaki yang baik untuk mu..bukan yang terbaik untuk mu..dan dia tidak layak untukmu.." sambung angah lagi.kali ni dia juga mengalirkan air mata..

"along…teguhkanlah cintamu pada yang Satu kerana hanya Dia yang layak menerima cinta setia dari mu..sesungguhnya kau amat setia pada cinta mu…jangan kau sia-sia kan cinta setia mu…"hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan..diusapnya rambut along yang sedikit tak terurus itu..ujian ini tamparan paling hebat dalam hidup dia..

makin kuat tangisan asyifa..badannya terhenjot2 sambil tangannya menggengam cadar katil..direntapnya sekuat hati..

"aku bencikan cinta MANUSIA!!!!! !!!!!!!!! !!!" jerit asyifa semahu-mahunya. .

"Ya Allah..keluarkan aku dari kesakitan ini!keluarkan aku ya Allah..!!" raung asyifa..
angah menahan sebak..dia yakin alongnya kuat hadapi semua itu..
PART 2
Setahun telah berlalu..pantasnya masa dunia ini…atirah asyifa berubah sama sekali..dari kecoh jadi pendiam..dari peramah jadi tak bertegur sapa..mujurlah senyumannya masih ada lagi..lebih banyak senyuman daripada berkata-kata. .
bercakap bila perlu,itulah yang berlaku pada asyifa..pantang mendengar lagu yang berunsurkan cinta manusia..terus bingkas bangun melangkah masuk ke kamarnya..

tika dinihari,mulalah kedengaran suara lunak memuji Allah..menangis ..meraung..itulah rutin harian asyifa sepanjang cuti, asyifa telah berjaya menamatkan pengajiannya di universiti Islam Malaysia dalam jurusan kejuruteraan bioteknologi.

"Tuhanku Maha Pengasih…
Tuhanku Maha penyayang..
Sebelum ku sempat tangis..
Ku jatuh ke bumi..
RahmatNya menyambut..
Membisik pujukan penawar bersakti..
Apa lagi nak ku gusar..

CintaNya tak pernah gagal..
Hadir di kala ku sepi..dikala ku bersedih..
Aku hanya berpegang janji..
JanjiNya kesungguhan yang pasti..
Pintu kemenangan lorong bercahaya..
Langkahku ku pulang jalan sehala..
Aduhai ibuku yang satu..
Janganlah ada barang yang ragu..
Biarpun seberkas dalam hati ..
Andai ku terkorban nanti..
Sedang meniti kasih
Melodi itu terus melayan lamunan asyifa seketika..dia berteleku dengan pakaian solat yang masih tersarung ditubuhnya.. perlahan- lahan air matanya mengalir di cerun pipi yang putih gebu itu..

"ana tak mahu..ana tak mahu!bukan kah kita sudah berjanji tidak akan berjumpa selagi tiada ikatan yang sah antara kita??anta juga yang mengiakan suatu masa dulu.." tegas asyifa dalam telefon itu..

"memang benar..nanti ana ada bercakap begitu..tapi ana mahu lihat wajah nanti secara live.."rayu lelaki itu lagi..

"anta…ana bukan tak mahu..tapi ana rasa tak selamat anta..ana takut..fitnah ..takut fitnah..takut dengan Allah..takut sangat.." rintih asyifa sambil menangis..entah Kenapa kali ini dia rasa begitu ..malah makin kuat..

"bukannya kita jumpa berdua-duaan. .ana bawa adik perempuan ana..nanti bawa lah sahabat anti..nanti. ." pujuk lelaki itu lagi..

"bukankah anta sudah melihat wajah ana dalam gambar??cukuplah… ana malu anta..ana malu…ana malu….tak sanggup ana nak berdepan dengan anta…anta..dengan bapa saudara ana pun ana banyak berdalih bila diminta keluar inikan pula keluar dengan lelaki bukan muhrim..ana takut dengan Allah!!"
jelas asyifa meminta lelaki itu memahami perasaannya seketika itu..

"Baiklah kalau begitu..ana faham..tapi takkan sekali pun tak boleh?" Tanya lelaki itu mahukan kepastian…

Asyifa mengeluh kecil di tepi telefon.."ana rela kita berjumpa bila ma ana ada bersama dengan ana..boleh tak.." jawab asyifa

"maksud anti..ana kena datang rumah anti?"Tanya lelaki itu lagi..

"emm..apa salahnya kan??…"senyum asyifa

"ana takut lah anti..ana malu.."balas lelaki itu..
wajah asyifa berubah seketika mendengar kata-kata lelaki itu..
"Kenapa nak malu pula..jupa dengan ana tak rasa malu pula.."pantas asyifa menjawab lembut.

"sudah lah..malas ana nak cakap dengan anti..malas ana nak gaduh dengan anti..suka hati ntilah.."kata lelaki itu terus mematikan talian itu..

"tut…..tut……………………"terkesima seketika asyifa tidak menyangka perbualan itu berakhir dengan babak ini,dia memang cukup tak suka dengan cara begini..

"oh tuhan…" desis asyifa sendirian ..mampukah aku melupakan insan yang pernah singgah di hati ku ini begitu sahaja?mampukah aku membiarkan saja setiap kali kenangan bersama menerpa di benakku ini??

"Ya allah.."bibirnya lesu menyebut Nama Tuhan Yang Paling Agung..rebah dalam lenanya…


"ibu..ibu.." suara umar al-akhtar di ruang tamu dengan penuh gembira.

"umarrrrrrr!! !" Mak Samihah menjerit separuh kecil melihat anaknya sudah berada di depan mata..dan kali ini..anaknya takkan kemana-mana lagi..

Dikucup tangan ibunya tidak henti-henti. .rindunya pada ibunya tidak tertahan lagi,sesudah itu dipeluknya dengan erat sekali tubuh kecil ibunya …

"Ibu sihat??rindu sangat pada ibu..ayah mana ibu?"senyum umar

"sihat anakku..ada kat belakang rumah"balas Mak mihah sambil mencubit dagu umar yang dah berjanggut nipis serta bermisai kumis...

"pergi mandi kah..sat pergi kita makan sama dengan Mak Zaidah.."perintah nya lagi.

"emm..ibu dengan Mak Zaidah saja ka?"Tanya umar tak puas hati.
"ishh budak ni..gatal na..Mak Zaidah datang dengan anak-anak dia lah..hang ni.."geram Mak mihah dibuatnya..

"oooooooooooooooooo… .umar p mandi dulu na.." senyuman makin berbunga-bunga bila mendengar penjelasan dari ibunya..
Umar tahu hatinya tidak boleh menyorokkan lagi kegembiraannya. .dan dia tahu tak semudah yang dia sangka untuk memenangi hati Nur Atirah Asyifa..cukup cantik sekali nama wanita itu..ibunya banyak menceritakan kisah sedih yang melanda hidup asyifa..dia yakin dia mampu memberikan kebahagiaan. ketenangan pada wanita selembut sutera itu..tegasnya umpama duri kaktus..hehehehe… hatinya terus bermadah lagi..dia yakin bayangan wanita dalam solatnya adalah atirah asyifa…aku akan datang…

"Bang..hati-hati tau ..bukan apa kak syifa tu geli dengan lelaki.."jelas adiknya najmul syarha.

"yelah..abang tahu.."senyum umar lantas mencubit pipi adiknya yang bongsu..

"ishhh…sakit lah.." balas naj mencubit paha abangnya.

"wah..adik abang seorang ni boleh tahan ye..cubalah jadi lembut mcam kak syifa.."

Naj menjeling bila mendengar abangnya mula memuji-muji kak syifa'..bukan apa ,meluat pun ada..baru saja balik..dari tadi lagi tak habis sebut nama kak syifa'.

Bunyi hon kereta jenama Atos warna biru muda berada di perkarangan rumah Pak Samad dan Mak Samihah.

"eh..tu macam kereta kak syifa'..ibu.. ibu..Mak Zaidah dah sampai ..ibu.." jerit najmul syarha sambil diperhatikan oleh abangnya..

"cubalah jangan menjerit..tak manis lah anak dara perangai macam ni.."kata umar dengan menunjukkan wajah sedikit garang pada adiknya..

"eleh..yelah ustaz umar al-akhtar..ingat belum tentu kak syifa' ada hati dengan ustaz.."ejek naj sambil menjuihkan mulutnya lalu pergi ke dapur membantu ibunya.

Pak Samad sekali sekala menggeleng kepala melihat karenah anak-anaknya sambil meneruskan membaca surat khabar "Utusan Malaysia".
"umar..pergilah bukak pintu tu." Suruh Pak Samad lagi.

"baiklah..ayah. ." jawab umar .

" …umar ..Mak ada?" senyum Mak Zaidah sebaik sahaja melihat wajah Umar tersembul di muka pintu rumah.

"ada…ada..masuklah Makcik..angah ..adik..mari masuk..emmm asyifa kan? Mari masuk.."kata umar dengan sedikit bersungguh-sungguh mempelawa 'tetamu kehormat'.

Wanita berpurdah biru muda hanya senyum tawar pada umar sebelum ikut masuk mak dan adik-adiknya masuk ke dalam rumah..

Setelah menjamu selera,dua keluarga tersebut duduk bersembang diruang legar sambil menonton televisyen.

Asyifa tertunduk malu merasa kurang senang duduk bersetentang dengan pemuda itu..sesekali digetap bibirnya tanda geram..entah apa yang digeram dia pun tidak mengerti,kalau lah dia tahu tujuan makan malam ni di adakan sudah lama dia menolak pelawaan Mak Samihah.. aduhai,..macam mana ni..

"emm..biarlah mak mihah berterus terang pada kamu syifa' sebab mak kamu sendiri tak berani nak menyuarakan isi hati anak makcik, umar..sebenarnya. .kami teringin benar nak bermenantukan asyifa sebagai sebahagian hidup kami sekeluarga…" tutur Mak mihah dengan tenang.

Raut wajah umar begitu tenang medengar ibunya menyampaikan hajatnya..sekali sekala dia memandang asyifa yang masih kaku duduk bersimpuh bersetentang

dengannya..dia memahami perasaan asyifa' ,tapi dia tak sanggup nak melengah-lengahkan hajatnya.Terserah Pada Allah..sama ada asyifa menerima atau tidak.

"Apa pandangan asyifa'..setuju atau tidak?"Tanya Pak Samad seolah-olah tidak sabar gamaknya.

"Makcik..pakcik. .ustaz umar..memandangkan ini mengenai masa depan dunia dan akhirat syifa' …izinkan syifa' fikir masak-masak sebelum buat keputusan.." jujur asyifa' sambil melepaskan nafasnya dengan perlahan-lahan.

"ohh..boleh.. boleh tiada masalah,take your time syifa' " ujar Pakcik Samad lagi..

Mak Zaidah,angah dan adik mengeluh tanda lega dengan jawapan asyifa' ..

Suasana yang sepi tadi kemudian bertukar menjadi sedikit meriah dengan kehadiran saudara mara keluarga Pak Samad yang baru tiba…malam itu rupa-rupanya mereka berpakat datang beramai-ramai untuk melihat pilihan hati anak saudara mereka, umar al-akhtar.

Saling berkenalan antara satu sama lain..makin segan syifa dibuatnya..umar sesekali memandang jauh merenung asyifa disebalik purdah itu..
"ku serahkan dirimu dalam tangan Allah duhai asyifa" keluh umar keseorangan. .

"asyifa"..panggil umar di hujung anjung sana..

asyifa tersentak..ternyata ini bukan lah rumahnya untuk termenung sendirian..

"erm..asyifa. .izinkan umar berkata sesuatu.." perlahan suara umar..

"apa tidakkah ustaz belajar cara berikhtilat dengan muslimat" tegas asyifa bingkas bangun dari kerusi..

"asyifa…tolong jangan rigid!" bentak umar seketika..mengharap kan asyifa tidak berganjak dari tempat itu..

"rigid?..maaflah ana ni kolot..tak sesuai dengan dunia dan fahaman muasiroh ustaz!" lantas berlalu pergi meninggalkan umar tanpa sempat berkata-kata. .

"asy..syifa'' keluh umar ..

"demi allah dengarlah dulu..kita bukan berdua-dua pun..atau nanti mahu ana menatap wajah anti bila waktu ana minang anti?" geram umar..

asyifa tersentak..sakit hati dibuatnya mendengar kata-kata umar yang sedikit nakal..

"Ustaz!" geram asyifa..

"jangan buat ana semakin benci pada muslimin!"balas asyifa..

"benci??..Kenapa mahu samakan ana dengan lelaki yang tak bertanggungjawab tu..menodai perasaan anti??.." jawab umar..

"ustaz!" geram nya asyifa..

"erm..makin marah nampak anti ni..nabi Muhammad pun lelaki..jadi anti bencikan lelaki?..erm. .?"jerat umar..

"jangan nak kaitkan dengan baginda..baginda maksum..tiada cacat dan celanya..jangan cuba nak putar belit..tahukah anta sedang cuba menodai perasaan ana!" balas asyifa sambil bergegas meninggalkan perkarangan rumah umar..

umar mendengus kecil melihat kereta atos berlalu pergi..masing- masing ahli keluarga nya melambai2 tangan tanda puas dengan kemeriahan malam itu…sesekali memandang umar yang senyap sendirian..lesu dan tidak bersemangat. .

malam itu suram bagi umar tidak pada ahli keluarganya. .
sukarkah untuk ku bersua dengannya..begitu tegasnya dia..monolog umar sendirian..bila teringat asyifa..

syifa sugul malam itu, Mak Zaidah dapat bau reaksi anak sulungnya..

"long..jangan paksa kalau hati dah tak suka, ma tak kisah asalkan along bahagia dengan pilihan long.." senyum mak zaidah sambil mengusap bahu anaknya.

"ma..suka ke dengan ustaz umar tu?" Tanya asyifa ringkas.

"erm…entahlah ma suka umar tu dah lama dah..Kalau along dijodohkan dengan umar tu..ma tak halang…"jelas benar hasrat Mak zaidah pada asyifa..

Kelu lidah syifa seketika..perlahan- lahan di toleh belakang..memandang sayu wajah ibunya..sambil melemparkan senyuman yang hambar..tiada seri keinginan..

"ma..entahla. .hati along tak terbuka pada mana-mana lelaki ma..Kalau benar dia jodoh along..takkan ke mana kan ma?..biarlah Allah yang menentukan segala2nya.. biarlah ia berlaku secara semula jadi ma..along takut ma..along takut curang sekali lagi pada suami along Kalau ana menerima ustaz umar tu..ma.." luah asyifa..

"masya allah..curang? kenapa cakap macam tu along?...astagfirul lah…mitak petunjuk dengan Allah sayangku..mitak lah dengan Nya ..sudahlah ma tak paksa along pun..tumpukan kerja along sekarang..hari dah jauh malam..tidurlah. .ma keluar dulu.." pesan mak Zaidah..

"Insya allah..sampai masa bila hati along dah tenang..along akan solat ..buat masa ni biarlah along penuhkan apa yang patut sebagai wanita yang dikehendaki oleh Allah ma..erm..ma tidurlah dulu..along nak buat report kijer sikit..nak siapkan sikit lagi ni..ye ma?" senyum manis asyifa muncul jua..

Mak zaidah senyum bila mendengar kata-kata anaknya..perlahan- lahan di tutup pintu bilik asyifa..membiarkan asyifa sendirian..lincah menekan keyboard laptop dengan khusyuk.

" percayalah anti..apa yang berlaku ini bukanlah kehendak kita berdua! " balas lelaki itu dalam telefon..

Berderai air matanya bila kali pertama mendengar bait kata itu..memecah kesunyian hening pagi….perlahan- lahan dia membenarkan telinganya halus

mendengar penerangan lelaki itu, air mata makin laju gugur ke cerun pipi putih gebu itu..sesekali matanya di pejam rapat..seakan tidak mahu mendengar semua itu..

" Maafkan ana..duhai umairah..ana tak mampu..ana bingung..ana… anti ana sayangkan ukhwah ini..tapi apa yang boleh ana buat..keluarga dah buat keputusan.." jelas lelaki itu..

Perlahan-lahan di gerakkan peti suara itu..

" apa keputusan anta..?" sebak asyifa mulai menguasai suasana pagi itu..

" ana terpaksa ikut keputusan..pilihan keluarga ana satu kampung dengan ana..anti" lembut lelaki itu berkata.

" kalau begitu..Kenapa sebelum ini keluarga anta beria-r.a ingin berjumpa dengan ana?..bukankah anta akan datang rumah bulan depan?..Kenapa sekarang begini pula keputusan nya? Selama ini anta hanya main-main sahaja?..gerak hati anta bagaimana pula?" di getap bibirnya menahan tangisan..lemah nya asyifa ketika itu..

" Ana..ana pun tak paham..ana sebenarnya selama ini..ana tipu anti..maafkan ana sayang..ana tak mahu kehilangan anti..ana mengiakan ana ketemu anti dalam solat ana..ana harap anti paham keadaan ana..antara derhaka atau bahagia buat ana keliru sekarang.." terang lelaki itu lagi..

Berderu-deru air mata mengalir laju..matanya terpejam rapat sekali..
" subhanallah. .ya allah..allahu akbar.." hanya itu yang termampu syifa lafazkan..

"anti..anti.. sabar anti..sabar sayang.." pujuk lelaki itu..

" Mana maruah anta?...sanggup tipu ana sekian lama..manisnya bicara hatimu..bisikan mu menghancurkan segala kepercayaan ana selama ini terhadap anta…subhanallah. .ana tidak pernah mengarahkan anta untuk derhaka mak dengan ayah anta..tidakkah hikmah itu sebahagian penyelesaian itu.." lemah suara itu untuk berkata-kata. .

" anti..ana sudah..katakan bahawa.."

"cukup..cukup. .cukup…duhai lelaki penghancur musnah harapan…bijak anta memainkan perasaan ana..ya allah..pedihnya hati ini..sudahlah. .ana tak mampu untuk menyakinkan anta..kalau anta sendiri pun tidak yakin dengan pilihan dan tindakan..kita putus sahajalah ikatan ini..ana tak mampu nak teruskan jalinan ini..masya allah.." sebak asyifa makin menebal di dada..lantas menghentikan perbualan itu..

Panggilan kembali menjelma..namun sedikit pun tidak di endahkan oleh asyifa..di balingnya telefon itu ke dinding..hancur berkecai..tangisan makin kuat kedengaran…

"Ya ALLAH!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!" jerit asyifa sepuas hatinya..meraung bagaikan kematian insan yang disayangi..pemergia n yang amat memeritkan hati..

tiba-tiba berderai takungan air mata yang sejenak terkumpul limpah…terkejut dengan bunyi deringan handset asyifa..lamunan ngeri itu terhenti..

Sejurus itu..perlahan- lahan asyifa mengambil wuduk..solat dua rakaat mitak petunjuk di atas segala apa yang terjadi..ketenangan yang amat di perlukan baginya untuk menempuh setiap liku-liku yang penuh dengan luka dan duri..Asyifa hanyut dalam lena setelah penat menangis di hamparan sejadah..takut memori itu kembali lagi..
PART 3

Ombak berderu bagaikan berlumba-lumba untuk sampai ke gigi pantai..sesekali air laut menghempas batu-batu besar yang gah melabuh dengan setianya tanpa mengendahkan putaran masa. Bunyi kicauan burung turut riang menyertai sama pagi itu seakan menyambut tenang kehadiran sepasang sahabat yang duduk berteleku di atas puncak batu nun di sana.

"Kenapa tak anti tak bagitahu hal ini pada ana dari awal lagi?" celah Marina Safrina

" ana tak tahu..ana masa tu bingung.." jelas asyifa dengan tenang sambil memandang jauh hujung laut itu. Dia sedar teman rapatnya itu berang dengan apa
yang terjadi dan sembunyikan semua ini jauh dari pengetahuannya… oh tuhan, hanya Kau jua yang bisa menafsirkan perasaan ku saat ini.

" anti..sudahkah anti minta penjelasan darinya?" Tanya Marina safrina seakan masih mencari peluang untuk menyatukan pasangan ini.

" Sudah anti…segalanya sudah selesai..tiada apa-apa lagi yang perlu di bincangkan mengenai dia." Sambung asyifa lagi..

" anti..Kenapa anti rahsiakan hal ini dari ana?..ana kan teman anti..Kenapa anti?" Marina masih tak puas hati.

Perlahan-lahan di hirupnya angin segar pagi itu..nyaman sekali..kemudian asyifa mula bersuara..

" Mana anti tahu hal ini? Mesti adik ana yang bagitahu kan?" senyum yang tiada seri mula menghias wajahnya. Dia sudah masak benar dengan perangai adiknya, amirah asrar.

" Masa tu anti tengah final exam kan..jadi ana tak nak lah ganggu emosi sahabat ana ni.." tangan Marina di pegang erat sekali.

" Setahun dah anti..ana balik saja dari UK..tahu-tahu anti dah putus dengan lelaki itu..ana harapkan kad jemputan walimah dari sahabat ana..ana cukup kecil hati dengan anti tau.." rajuk marina sambil melepaskan genggaman tersebut.

"maafkan ana marina..masa tu ana blur..tak tahu nak buat apa..betapa kuatnya penangan kali ini..fahamilah perasaan daku saat ini sahabatku..Allah Maha Menemani saat ana sukar bernafas..anti. .Allah membelai jiwa ana tika itu..Allah yang meminjam kekuatan ini pada ana!" tegas asyifa berbau sebak mengharapkan sahabatnya memahami..mengharap kan ada manusia yang mengerti sengsara ini.

" Ana nak jumpa dengan dia..nak cakap dengan dia..nak bincang dengan dia.." pintas marina.
" Jangan lah marina..tolongla. ." rayu asyifa..

" Ana tak puas hati! Kenapa pengecut sangat lelaki itu! egonya dipergunakan masa bila? Seolah-olah tidak mengaku cinta nya!" berang marina lantas bangun bergegas meninggalkan tempat itu.

"anti..jangan lah anti..sudahlah. .dia sudah berkahwin anti!!! Jangan ganggu hidup dia!! Tolongla jaga maruah ana.." raung asyifa sambil terduduk rebah menangis teresak-esak, tidak sempat untuk dia menyekat pergerakan temannya.

" Ya allah..Kenapa lah manusia semuanya kejam!! Allah..!!" jerit asyifa sambil melangut langit yang biru memutih.

Langkah marina terhenti seketika..terus berpaling ke belakang bila mendengar sahabatnya bersuara.. Tak semena-mena di kuatkan lariannya mendapatkan asyifa..

" Oh..asyifa.. maafkan ana temanku..maafkan ana..sahabat… ana tak bermaksud nak lukakan hati nanti..maafkan ana sayangku..ana tak tahu..ana mitak maaf" jelas marina sambil memeluk erat bahu asyifa, kali ini dia pula yang mengalirkan air mata mengenangkan kata-kata asyifa sebentar tadi..ngilunya hati mendengar…inikan

pula hati lembut seperti asyifa yang menanggungnya. .subhanallah. .Kau kuatkan lah hati asyifa ini..doa marina dalam tangisan..

Suasana sepi seolah-olah turut berkongsi sedih dengan hati dua manusia itu, Pohon kelapa melambai-lambai seakan mengusap meminta bersabar. Ombak berderu perlahan seolah-olah turut mengiakan gerak geri pohon kelapa itu..dan burung yang berterbangan di awanan itu turun mendarat mendekati sepasang sahabat itu..Alam seolah-olah sunyi seketika melihat pasangan itu mula meninggalkan pantai..kereta wira meluncur laju menyusuri celah-celah jalan yang penuh dengan pohon-pohon kelapa.

"anti..makanla nanti perut kosong.." perlahan-lahan marina meletakkan hidangan nasi goreng di hadapan asyifa.

" anti makanla jugak.." senyum asyifa sambil menghisap straw berisi minuman sejuk yang baru dipesan tadi.

" anti…" perlahan suara marina bersuara.

" erm..apa dia..?? " sahut asyifa sambil memusing-musing batang straw minuman itu.

" ana betul-betul mitak maaf" kata marina lagi..

" erm..tak ada apa-apa lah..janganlah di ungkit lagi kenangan yang tak pasti !" senyum asyifa memandang marina..

" anti tengah buat apa sekarang?" Tanya marina..

" anti?? Ana tengah makan dengan anti lah ni..tengah buat apa,boleh dia Tanya soalan itu.." kerut dahi asyifa lagaknya macam serius..

" Ya allah..suka sangat nak bergurau ye.." geram marina..
" Ala..gurau sikit pun tak boleh..erm.. yelah yelah…ana sekarang kerja di Hospital Permai.." jelas asyifa.

" ooo..hospital baru di buka tu? Apply jadi apa?" Tanya marina lagi..

" jadi..microbiologis t..alhamdulillah .. anti pulak macam mana? " giliran dia pula yang bertanya.

" ana baru saja balik anti..tak ada buat apa sangatla..tengah tunggu reply dari syarikat yang ana mohon kerja.." kata marina.

" hai ..sedih saja bunyinya..erm. .sabarla. .rezeki allah ada kat mana-mana..jangan risau.." nasihat asyifa..

"erm..insya allah..harap- harap begitula..sekarang ni pun ana jadi guru sandaran Sekolah Menengah Agama Maktab Mahmud.."terang marina lagi.

" alhamdulillah. .elok sangat lah tu! Bagus apa..sekolah top ten pulak tu..erm..alhamdulil lah.." gembira asyifa mendengar berita itu.

Marina tersenyum simpul mendengar pujian dari sahabatnya.. tiba-tiba dia teringat sesuatu..

" eh nanti..ana lupa lah.." masam kembali muka marina.

"ish-ish…lupa apa pulak ni..?" keliru asyifa.

" Ana lupa lah yang ana jadi ajk untuk program anak angkat…" balas marina

" Ooo..kat mana tempatnya? Siapa anjurkan?" Tanya asyifa

"jauh lah tempatnya..kat Machang, kelantan..anjuran alumni sekolah sahabat ana.." terang marina.

"wah ..jauhnya..aik kenapa anti pulak yang jadi ajk program? Bukan nanti punya alumni kan? Ke tak cukup ajk?" berkerut dahi asyifa melihat muka marina yang penuh keselambaan.

" ye…tapi sahabat ana mitak ana tolong jadi ajk..tak cukup..ada yang tak dapat contact.." senyum marina.

"oo...kesiannya. .kenapa tak buat hari lain saja..hari yang semua boleh turun program?" Tanya asyifa lagi..

Marina hanya mengangkat bahu tanda tiada jawapan untuk soalan itu. Sesekali di hisapnya straw minuman sirap itu.

" erm..lupa pulak..sahabat ana masih memerlukan ajk untuk program ini, anti….jom..lah ikut ana sekali.." pujuk marina

" ish..tak nak lah..jauh lah..lagi pun ana kijer lah..anti saja lah..tak pun biar ana cari kan sahabat ana temankan anti ek.." balas asyifa sambil tersenyum

" erm..tak nak..ala..program tu tiga hari saja..buat hujung minggu pulak tu..hah..lagipun hari isnin kan kita cuti..maulidur rasul..erm.. syifa..jom lah..bila lagi kita nak bersama macam ni.." mulut marina bertambah muncung apabila melihat asyifa acuh tak acuh saja.

" aduh….nanti lah ana fikir dulu..Kalau ana free ana bagi jawapan ye..bila program tu?"

" seminggu dari sekarang …" balas marina..

Asyifa tertawa melihat mimic muka sahabatnya yang melucukan..hai. .marina.. marina..macam dulu-dulu jugak, sedikit pun tak berubah..
PART 4

"Abang..abang. .abang" panggil najmul syarha sambil menarik baju t shirt umar yang khusyuk menekan keyboard computer.

" ye..ye…apa dia..abang tengah busy lah sekarang ni..pergi main jauh-jauh lah.." suara umar sedikit meninggi, tangannya semakin pantas menaip..kerja nya masti di siapkan malam ni juga.

" abang..buat apa tu?..abang.. !!!" badan umar itu sedikit ditolaknya.

Tangannya yang sibuk menaip terhenti seketika.. Di palingnya muka perlahan-lahan ke arah adiknya..terasa nak kenyek-kenyek muka naj makin bertambah bila melihat mimic naj yang tersengih kambing..

"tengah goreng keropok ni..tak nampak?!!!!" nada geram mula kedengaran..

" erm..ek eleh..tak nampak pun kuali..guna keyboard nak koreng keropok ek..wah canggihnya.." sakat najmul syarha..

Bibir umar digetap ketat..
"najmul syarha!!!!" laung umar sambil kejar adiknya..apa lagi cabut lari lah naj melihat wajah umar yang tak tahan disakat..baginya hatinya cukup terhibur dengan telatah serta mimic muka abangnya..yelah siapa tak rindu kan senyum


akhirnya inni kehilangan idea untuk menyambung ceritanya.....huhu..
blur...blur...blur.......bla...bla....bla....
| edit post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...