Followers

syair imam syafie

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
 sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
 tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku




 جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمـاـ

 kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu



فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
 bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?




ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا

 dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku



عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
 semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku




ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا

 dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu





فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد

sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan



ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
 kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
 dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
 sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka




فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه

 dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya





وفيما سواه في الورى كان أعجما

 tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu



يـقــولحبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
 dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
 cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.




أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى

 kupelihara kasihku yang dicemari nafsu



وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
 dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar




فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى

 di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap



تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
 yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
 maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
 dan keampunanMu yang mendatangi hamba;  meninggikan dan memuliakan(martabatnya).



#baru ku tahu rupanya ianya adalah antara bait-bait syair Imam Syafie ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Masyaallah… bila membaca maksudnya, terasa begitu tawadhu`nya seorang insan yang bergelar Imam besar ini. Ketinggian ilmu dan kedudukannya menjadikan dia semakin merendahkan diri kepada Allah Azza wajalla. Semakin dia banyak mengakui akan dosa2nya. Semakin dia banyak berharap pada TuhanNya. Kalau nak difikirkan banyak lagi dosa-dosa insan biasa seperti diri ini.
(dipetik dari lagu ilaika )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...