Followers

Showing posts with label lamunan. Show all posts
Showing posts with label lamunan. Show all posts
Kehidupan Sebenar Baru Sahaja Bermula - Prologue Part 2 ( Hanya dengan mendengar .. )
Assalamualaikum sahabat sahabat dunia akhirat sekalian . 

Bertemu lagi kita dalam dunia maya ini . Dunia yang dipenuhi dengan tribulasi . Sesiapa sahaja boleh memasukinya tanpa sempadan . Namun yang penting adalah , aku perlu manfaatkan medium ini dengan perkara yang mendatangkan pahala buatku dan seluruh umat islam . Mungkin sebahagian perkongsian aku tidak bermanfaat untuk kalian . Padan muka siapa suruh nak sangat baca . Ok jenaka sahaja jangan ambil serius .

Semester dua di alam universiti bukanlah suatu perkara yang mudah bagi aku . Aku sudah mula hadapi tekanan dalam segala gerak kerja yang aku lakukan . Ya , ia membuatkan aku lebih matang untuk melakukan keputusan . Disebabkan perkara ini , aku memilih untuk diam dan mendengar . Diriku yang dulu bukanlah diriku yang sekarang . Aku harus lupakan zaman 'bising' itu dan berhijrah dengan perwatakan yang baru . Ramai juga sahabat yang bertanya padaku kenapa hanya berdiam dan mendengar ? hmm . Terlalu banyak jawapan untuk aku katakan pada sahabat sahabat sekalian .

Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Aku sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka aku , dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar.
Dari aku , hanya sekadar secangkir emosi ..

HANYA DENGAN  MENDENGAR…

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya. Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

 Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”

Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain.

 Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai:“Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”

Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa?

Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar. Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri!

 Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri). Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata.

 Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

 Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “sami”. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu. Allah bersedia mendengarnya  bila-bila masa sahaja.

 Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak.  Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

 Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya. Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

 Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya. Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

 Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

 Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya.

Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita. Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu…

Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan. Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan.

Cukup untuk malam ini . Aku sedang dalam fatrah exam . Aku ingin persiapkan diri untuk peperiksaan yang bakal menjengah isnin ini . Semoga sahabat sahabat dapat manfaat dari entri kali ini . 

Wassalam Aleik . 




Kehidupan Sebenar Baru Sahaja Bermula . Beginning part 1
Assalamualaikum sahabat sahabat dunia akhirat sekalian .

kesekian kalinya hati aku terpaut untuk menulis entri pada kali ini . Anggap sahaja lah ini adalah entri akhir tahun yang bakal merumuskan hidupku sepanjang tahun 2014 .

Bismillah . Aku mulakan coretan dengan kalimah yang sangat mulia . Kalimah yang nabi ajarkan pada umatnya ketika hendak memulakan setiap sesuatu perkara . Eloklah sebelum kalian meneruskan pembacaan , mari kita sama selawat ke atas junjungan nabi S.A.W . Moga moga Allah memberi keampunan untuk kita semua dan terima syafaat dari baginda S.A.W . Qul ameen !

Sinopsisnya kehidupan yang aku sedang tempuhi ini adalah satu bentuk yang naratif . Ianya seperti satu hikayat yang mempunyai seribu erti dalam hidup aku . Terasa mustahil untuk memiliki sesuatu .. hmm . apa benda aku mengarut ni . haha . Aku juga terkadang merasakan sesetengah perjalanan kehidupan aku ini seperti sesuatu yang aku boleh katakan utopia , ilusi mahupun hanya angan angan dan bukanlah sesuatu yang realiti apatah lagi kenyataan .

Menjadi seorang mahasiswa yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah . Dalam keadaan kehidupan zaman moden yang menitikberatkan soal kos sara hidup , membuatkan aku mengambil keputusan  untuk hadapinya berseorangan tanpa perlu menyusahkan orang lain . Kerana aku lelaki . Lelaki bukanlah diciptakan untuk mengisi waktu lapangnya dengan berhibur tanpa sempadan . Lelaki itu diciptakan penuh dengan rasa tanggungjawab . Kadang - kadang aku benci melihat lelaki yang tiada usaha untuk survive dalam kehidupan mereka . Sudah besar panjang pun masih mahu menyandarkan semua pada orang tua . Elok makan penampar aku ni ha . kui3 .

Akhirnya hampir satu semester aku ditabalkan sebagai seorang mahasiswa , aku belajar bahawa kehidupan ini perlu dihadapi dengan sinis . Sinis yang bagaimana ?  iaitu sinis yang mana kalian tak perlu nak hirau orang lain yang ingin jatuhkan usaha kalian itu sendiri .

Percayalah , jika kalian masih meneruskan kehidupan yang sama pada hari ini , esok kalian bangun pagi dengan muka yang serabut dan tidak terurus , kalian akan masih berhadapan dengan masalah yang sama . So , bila nak berubah ? Sekarang der . :3

Lakukan penghijrahan untuk diri sendiri kerana Allah dan sudah semestinya untuk diri sendiri bukan ? perubahan yang aku dan kalian lakukan itu bukanlah untuk orang lain . Semuanya bergantung pada diri kita sama ada ingin mulakan perubahan atau tidak .



The hardest part is always at the beginning . Aku selalu berpegang dengan kata kata ini . Ramai manusia yang masih tidak mahu berubah kerana mereka ragu ragu untuk memulakan perubahan . Trust me , bila kita takut memulakan perubahan terhadap diri kita , hiduplah kau sampai mati dalam kotak yang sama . Pokok pangkal perubahan itu datangnya daripada langkah pertama yg kita lakukan . Kalau langkah pertama itu sudah dimulai , In Shaa Allah langkah seterusnya itu akan menyusul . Tetapi jika langkah pertama pun tiada , hmmm . makan penampar aku kali kedua nak ? haha

Aku menulis dalam keadaan pesimis ni bukan apa , sebagai satu motivasi juga buat aku . Aku dahulunya pun seorang yang mengharapkan orang lain untuk membantu . Memang aku pendosa yang sentiasa berkoma , takkan jumpa noktah sebab banyak sangat dosa . Tapi sekurang kurangnya aku berusaha untuk mengubah nasib hidup aku . Ternyata kali ini aku pula nak mengajak kalian lakukan perubahan itu untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain . Benda baik apa salahnya dipertimbangkan bukan ? spesifik kan moving target kita semua . Kehidupan memang sesuatu yang complicated . Hadapi ianya dengan tenang . peace yow ~

Trust me . I`m Hisyam Elharith .

Salam Aleik .


Realiti pendakwah alam maya .
Assalamualaikum . Aku harap korang baca . copy paste dari seorang sahabat . Silakan terasa .

Aku tak nampak apa point jadi manusia
yang menyebar dakwah .

Aku tak nampak apa point jadi manusia
yang menyebar dakwah , dalam masa yang
sama masih seronok hidup dalam jahiliyah .

Aku tak nampak apa point kencang di
twitter , Facebook , wechat , blog , tapi diri
sendiri nak bangun solat subuh pun kena
orang kejut .

Ah diri sendiri! sila terasa. Kau pun dua
kali lima !

Aku tak faham kenapa manusia boleh
berbaik dengan berpuluh ribu manusia , tapi
dengan keluarga sendiri , hancur . Aku
ulang , HANCUR !

Situasi 1:
Dengan kawan , mulut manis , senyum , nak
marah pun tak sampai hati . Dengan adik
sendiri ? Kau maki .

Dengan housemate , belanja dia makan pun
kau sudi . Dengan abang sendiri ? Kau buat
perangai minta kaki .

Dengan kakak yang jaga counter restoran ,
kau cakap sopan-sopan . Dengan kakak
sendiri ? Bila dia tegur untuk kebaikan kau ,
kau melawan .

Dengan lecturer , dia nasihat , kau tunduk
diam . Dengan mak ayah ? Kau hentam .
Kawan buat apa , kau boleh sabar . Adik
baru kacau sikit , dah hilang sabar . Apecer
bro ? Apecer ?

Dekat alam maya , bukan main kencang
dakwah . Bukan main lagi tunjuk imej
muslimin , muslimah sejati . Tak layan
ajnabi , tegur kalau orang mencarut . Pesan
suruh baca Al Mulk sebelum tidur . Pesan
suruh baca Al Kahfi setiap Jumaat . Tapi
diri sendiri tak amal . Lepas tu pujuk hati ,
kata " Alaa relaks lah boh , bukan diorang
tahu aku baca ke tidak ."

Aku sendiri , tak terlepas dari buat
kesalahan . Malah jika nak dibandingkan
aku dengan kalian , mungkin saja dosa aku
lagi berlambak . Menggunung tinggi .

For sure , siapalah yang taknak jadi baik .
Siapa yang tak nak masuk syurga kan ?

Kalau tanya peminum arak tegar , tanya
pelajar paling bermasalah , tanya samseng
jalanan , tanya pengkid dan lesbian , tanya
gay dan pondan di luar sana . Mereka juga
nak ke syurga . Mereka juga nak jadi baik
sebenarnya .

Tugas kita , bukan sekadar menyeru dengan
lafaz . Bukan lantang hanya di mulut . Tapi
tunjukkan dengan perbuatan sekali .

Kalau kita skater, pastikan jadi skater yang
boleh jadi contoh kepada skaters yang lain .
Waktu solat , kita berhenti skating . Pergi
solat dulu .

Kalau kita student , jadi student yang
meletakkan Allah sebagai yang utama . Tak
bazir pun masa kalau kita tinggalkan
sekejap waktu study kita untuk pergi solat .
Malah tak mustahil , 4 flat dalam tangan . A
lurus dalam genggaman .

Jom , jadi manusia yang hidup dalam
iman . Bukan manusia yang hidup dalam
khayalan .

Situasi 2 :
Tengah syok-syok menaip , tweeting ,
dakwah katanya . Sekali mak ketuk pintu
bilik , " Man , dah kemas bilik belum ?
Cepatlah , ada tetamu nak datang kan lepas
ni ."

Kita pun melenting . Marah bukan main
sebab rasa macam konsentrasi dakwah kita
terganggu .
Alamak . Dakwah terganggu atau ego
terganggu ?

Kemudian tak sampai lima minit , ayah pula
terpacak depan pintu bilik , " Man sudahlah
duduk depan laptop , mari tolong orang lain
kemas rumah , sidai kain ."

Lagi sekali hati rasa panas je . Terus
mencebik , buat muka tak puas hati .
Aduh . *tepuk dahi*

Malu lah kalau macam ni perangai
pendakwah .

Di alam maya , bukan main
baik . Di dunia nyata , lembik . Sikit-sikit
nak marah .

Tiba-tiba adik kecil pula masuk bilik , buat
bising . Kita bengang lagi . Suruh dia keluar
bilik .

Kalau macam inilah , lebih baik tak payah
sembang kencang di alam maya , kalau
hubungan dengan keluarga pun tak boleh
jaga .

Kadang-kadang itulah . Perkara yang pada
kita , ia remeh , sebenarnya itulah cermin
sebenar diri . Apa yang remeh sebenarnya
dalam dunia ni ? Sedangkan amalan sebesar
zarah juga , kira besar partikel atom ke apa
kan , juga boleh membezakan sama ada ke
syurga atau neraka .

Ha sini nak pesan .
Kita masuk syurga , bukan sebab banyaknya
amalan . Bukan juga sebab pahala yang
menggunung . Tapi redha Allah .

Sebab redha Allah pada kitalah , kita ke
syurga .

Ulamak dulu-dulu selalu pesan , " Tugas
kita buat ibadah . Tugas masukkan ke
syurga atau neraka , tugas Allah . Kalau dah
pahala seluas lautan , kalau Allah tak
redha , tak dapat juga merasa untuk ke
syurga . "
Bicara ini demi Ilahi : Muslimah
Assalamualaikum .. :)

Apa khabar iman kalian hari ini ? Moga harapnya sentiasa berada pada taraf yang hebat . :) Baik lah . Entri hari ini aku nak tulis tentang wanita . Kerana apa ? Kerana kisah seorang lelaki itu takkan terlepas dari mengenali individu yang bernama wanita hatta perjalanan dakwah nabi s.a.w pun ditemani seorang insan yang sangat dikasihinya iaitu isteri baginda , seorang wanita . Jelas , Allah ciptakan semua benda kat dunia ini berpasangan . Niat dihati nak keluarkan dalil tapi tak mengapalah , mungkin antum semua lagi masyi dari aku . Cukuplah itu sebagai muqaddimah aku kali ini .

Aku bukanlah siapa siapa hendak menulis sesuatu yang ilmiah untuk korng semua . Cuma atas dasar tanggungjawab sesama muslim , aku rasa aku layak dan aku perlu menyampaikan risalah agama nie . Aku bukan perintis pada perjalanan dakwah ini . Hanya menjadi mata rantai seperti dalam siratan rantai makanan yg menjadi penyambung hingga ke penghujung namun bukan yg terakhir . Menunjukkan bahawa aku dan kalian yang akan meneruskan legasi dakwah ini kerana bukan aku yang memulakannya , dan bukan aku juga yang mengakhiri perjuangan ini . Mungkin generasi yang akan datang hendaknya . Qul Ameennn...~

Sedikit luahan hati dari seorang insan yang bernama lelaki , yang selalunya dipersalahkan oleh kaum wanita atau muslimah tentang apa sahaja . Baik dari segi tanggungjawab mahupun perkara yang remeh temeh . Aku terguris tahu tak ? Rasa seperti tepung yang dilenyek untuk dibuat roti canai lalu dimakan oleh orang ramai . What the ? Aku dah naik syeikh nie . grr . Ketahuilah muslimah , kalian juga ada salahnya . Kerana kalian bengkok , dan selama lamanya akan bengkok . Maka lelaki lah yang akan meluruskannya . So , jangan lah salahkan lelaki . Kesian aku , kesian mereka , kesian abang kau , kesian ayah kau , pakcik kau , hatta ayam jantan sendiri pun . Jangan salahkan kami secara membabi babi . ehh , membabi buta . Sungguh kasar bahasa aku . Tak apa , suka hati lah aku nak mengarut , ni blog aku . Padan muka .

Nah aku titipkan sebuah puisi untuk muslimah yang aku tengok mereka pada hari ini memperjuangkan satu perkara yang bercampur antara hak dan batil . Juga renungan untuk kaum muslimin yang bakal memimpin . Sama sama kita koreksi diri . Termasuk aku .


Kau serikandi
Malah jauh lebih hebat dari lelaki
Sejarah pun telah terbukti

Aku memerhati
Kau tetap pejuang sejati
Mungkin hanya didunia realiti
Namun kau kalah dengan fantasi
Dialam maya kau kalah dengan ajnabi
Dengan pujian
Dengan kemuliaan dan ketinggian
Lalu kau anggap dirimu sudah berprestasi

Sungguh aku jujur
Dengan hati yang luhur
Aku sedih dengan muslimah hari ini
Terpekik terlolong perjuangkan itu ini
Ikhtilat di alam maya sudah menjadi perkara basi
Bukan aku nak kata lelaki hebat
Tetapi wahai muslimah
Kalian dijaga oleh Allah
Dan seharusnya
Banyak pantang larang berbanding lelaki

Kau tak endah dengan nasihat
Menganggap dirimu hebat
Lalu kau lakukan apa yang kau suka
Dengan hati gembira
Tanpa kau sedari 
Mungkin kata katamu menjadi fitnah duniawi

Berhentilah
Berhentilah menyeksa kami lelaki
Kerana sesungguhnya
Antara fitnah terbesar akhir zaman
Ialah wanita itu sendiri !
Aku mohon dengan lemah lembut
Angkat bendera putih
Tanda perdamaian

Percayalah
Bicara ini ilham yang allah beri
Bukan aku memerli
Tapi aku sayangi
Kerana aku lelaki

Demi allah
Demi agama 
Aku rela dengan segala
Tohmahan yang kau beri


Wallahua'lam .

CopyRight Reserved
Hisyam Haris Al Qurd
16.04 p.m
Khamis , 22 Rejab 1435 H
22 Mei 2014
Home sweet home ~

Entri akhir tahun ! :3

Assalamualaikum semua ..... warghhhhh... sungguh bersawang dah blog inni nie... setelah sekian lama ditinggalkan kerana terlalu sibuk dengan dunia luar smpai tak sempat na share gn sahabat2 sume pe yg inni lakukan sepanjang tahun 2013 nie... Alhamdulillah tahun 2013 pun dh nak berlabuh ta lma je lagi nie.. n kita semua bakal hadapi satu tahun yg mana kita tak tahu nasib yg akan dtg... sama ada baek atau buruk , semua tu urusan pencipta kita Allah s.w.t . Kita hanya mampu merancang yang terbaekk utk diri kita.. namun allah yg mengatur segalanya . 

Allah berfirman dalam surah al baqarah pada ayat 216 :

"dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu , dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu . Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui semuanya itu sedang kamu tidak mengetahuinya . "

Ayat nie jelas terangkan semua yg ada di dunia nie allah yg punya ..~ tugas kita hanya merancang . Alhamdulillah bgi inni , tahun 2013 nie merupakan tahun yg sangat bermakna seperti tahun2 yg sebelumnya juga . hehe.. alhamdulillah semakin bertambah kenalan dari seluruh pelusuk tanah air malaysia. :) alhamdulillah sangat . Inni harapkan setiap yg akan berlaku pada diri kita ni , semoga kita semua mampu hadapinya dan menilai sejauh mana tahap iman kita.. adakah semakin bertambah atau berkurang . 2014 yg akan menjengah tidak lama lagi nie bukan sesuatu musibah utk diri kita , tapi jadikan ianya satu batu loncatan utk kita berhijrah ke arah yg lebih baekk ..

siruu ala barakatillah.... :)

p/s : gamba kat atas tu gn kengkawan stam.. hehe.. saje letak... :P
Semangat Baru !~
bismillah2~ hehe.. alhamdulillah.. kembali menghadap laptop untuk menulis sesuatu dalam blog nie... sebenarnya blog nie sebagai medan dakwah inni.. tp tak apalah.. sekali sekala jadi tempat luahkan perasaan juga kan? :)

alhamdulillah.. tahun 2013 merupakan satu tahun permulaan bagi inni untuk mengenal potensi diri inni yg sebenar.. satu penghijrahan diri kearah yg lebih baik.. jauh meninggalkan sifat2 mazmumah yg lama kearah mahmudah.. satu peluang yg allah beri untuk inni lupekan perkara2 buruk yg lalu dan mulakan kehidupan yang baru dalam suasana yg baru..~

tahun 2013,, inni mendaftar sebagai seorang pelajar STAM di samt sultan salahuddin abdul aziz shah.. sebagai satu platform untuk mengeluarkan ice berg yg dah lama tersimpan dalam diri nie.. :) .. sepanjang minggu orentasi yg telah berlangsung selama lebih kurang 2 hari.. banyak ilmu yg telah dicurahkan oleh bekas2 pelajar stam di sekolah tersebut.. yg memimpin program orentasi kami selama 2 hari ini.. ilmu kepimpinan n banyak lagi ilmu secara tk langsung yg mereka curahkan~ :) terima kasih banyak2~

juga diucapkan terima kasih atas tunjuk ajar daripada akhi ibrahim n akhi `afifuddin yg diantara individu yg banyak memberikan semangat pada inni sepanjang kami berukhuwwah.. moga ukhuwwah~ memang terbaekk lahh..~

insya allah.. ilmu yg telah dicurahkan itu inni tak akan persiakan.. inni dan sahabat2 stam 2013 yg lain akan berusaha untuk menyambung kembali perjuangan senior2 yg telah banyak berkorban untuk warga samt~  :)

walaupun pertemuan yg singkat bersama pelajar stam 2012.. senior2 inni.. ianya amat bermakna..~ sekian untuk malam nie..hehe.. assalamualaikum~
2011 pergi...seribu kenangan..

Assalamualaikum dan salam ukhuwah inni ucapkan kepada semua pembaca setia blog inni akhafullah ni. pertamanya inni nak minta maaf kepada semua kerana sudah lama meninggalkan blog ini sehingga hampir usang...hehe... menurut last entri yang inni postkan dalam blog ni...nampak gayanya memang agak lama lah juga inni tinggalkan blog ni...alasannya kenapa?...senang je...malas..hehe...namun, ada juga rakan2 inni di facebook bertanya “syam, apesal blog ko tu bersawang je?...tkde entri baru ke?”...haha...nampaknya, ada juga sahabat yang mengambil berat tentang blog ni..terharunya...wuu...
Jadi kalau semua pembaca baca tajuk entri inni kali ni..(2011 pergi...seribu kenangan..) ..sebenarnya saja je letak tajuk macam tu sebab tak tau nak bagi tjuk pe..walaubagaimanapun, tahun 2011 ni merupakan tahun yang paling terindah setakat ni buat inni sebab banyak benda yang inni dapat belajar daripada sekeliling inni. Nak tau ape?...jom baca..
Kalau nak cerita yang dari awal tahun punya, memang letih la jari ni nak tulis. Cukuplah setakat mana yang memberi kenangan indah untuk inni. Yang pertamanya, inni rasa bangga dengan kumpulan nasyid MITIB yang inni dan teman2  lain tubuhkan sebab dah berjaya merangkul naib johan ketika pertandingan amal islami peringkat zon3 pada bulan april yang lalu. Walaupun tak dapat johan an...tp sekurang kurangnya dapat bagi saingan pada penasyid2 yang lain..lagipun team nasyid ni tak ada jurulatih. Jadi rasanya sudah cukup hebat lah untuk memberi saingan kepada mereka memandangkan kami ni masih baru..hehe..apa apa pon..doakan inni dan teman2 nasyid yang lain dapat johan la pulak taun depan ea?..haha..tahun depan inni last dekat MITIB....
Seterusnya, perkara yang menyebabkan inni menganggap 2011 sebagai tahun yang terbaik ialah.. pada tahun ini juga, inni berjaya menyelesaikan hafazan al Quran 30 juzuk, satu nikmat yang tak terkata..Allah yang mengatur segalanya..kalau Allah tidak izinkan..inni pasti belum dapat menjadi seperti sekarang ini..semoga Allah pelihara ayat ayatNYA dalam diri inni ni..inni juga harapkan supaya semua teman teman....sahabat handai...mahupun semua pembaca setia blog ni supaya dapat mendoakan inni agar menjadi seorang AL HAFIZ yang Allah redha....wuu..~..terharu kejap...
Akhirnya, kalau inni nak senaraikan semua perkara dekat sini..alamat memang berzaman la nak baca..hehe...2 perkara tu pun sudah cukup bermakna buat inni untuk tahun ni...banyak perkara yang inni lalui sepanjang tahun ni...ada yang sangat gembira..gembira...sedih...sangat sedih..tak ada perasaan..hehe...semuanya ada. Harapan inni agar tahun yang berlalu pergi ni..menjadikan inni semakin matang dalam menempuh kehidupan..dan tahun yang akan dtg ni..memberi nafas baru, semangat baru untuk inni..dan 2012 juga merupakan tahun terakhir inni di MITIB sebagai pelajar sulung maahad tersebut..maknanya tahun depan inni bakal menghadapi SPM...ngee~...agak gementar di situ..hehe...
HUKUM FITNAH -agama islam dan muslim
SESUNGGUHNYA fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah)

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.
Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang Muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah)
Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.
Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang  terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam
1. Fitnah melalui kepimpinan negara.
2. Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.
3. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.
4. Fitnah melalui ungkapan.
5. Fitnah melalui penulisan.
6. Fitnah melalui iklan produk.
7. Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.
8. Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.
9. Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.
10. Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.
Fitnah melalui kepimpinan negara
Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.
Ada pula yang tidak menampakkan Islam secara jelas,isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang keliru dan terus keliru.
Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan
Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketika sedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.
Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut nak tegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).
Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untukdilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.
Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian
Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama ada tidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai dikalangan orang Islam ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.
Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatu, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.
Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa,menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.
Fitnah melalui ungkapan
Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata: Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas,takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir pada zaman Rasulullah s.a.w.
Fitnah melalui penulisan
Terdapat juga segelintir penulis yang pro aliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.
Fitnah melalui iklan produk
Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produk mereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.
Fitnah melalui penglibatan dalam sukan, hiburan
Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atletmuslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berat, termasuk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.
Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam.Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.
Fitnah berbangga kerana memperbanyakkan masjid
Satu lagi fitnah pada akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replika masjid yang menelan belanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.
Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat
Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat. Terdapat senario di mana ada pekerja Muslim disebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.
Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam
Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ain, maka ramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta-juta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang Tabung Haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.
Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golongan yang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang berpandangan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.
Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri Muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT.


Manusia suka memfitnah kerana :

1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.

2.Memburukkan peribadi orang lain.

Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.

3.Tujuan tertentu.
Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.

4.Ingin glamour.
ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.

5.SUka-suka.
ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.

6.Ahli neraka.
Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.
Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....
Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.

Wallahua'lam.

terima kasih.

selamat membaca dan fikirkan....
riang raya mitib 2011~~~
assalamualaikum....jom la layan gambar yang inni titipkan untuk para pembaca. gambar di bawah merupakan gambar ketika majlis jamuan raya mitib 2011....kenangan yang tidak akan inni lupakan.....huhuhu


ketika membuat persembahan nasyid sempena majlis jamuan hari raya mitib 2011~~


kelas tasmi` ibnu kathir atau lebih dikenali dengan qalun bergambar bersama guru tasmi`..ust najmi


kelas tasmi` nafi yang sudah meningkat remaja...hahaha!!


kenangan yang tak mungkin inni lupakan bersama f4 mitib 2011....wuuu


gambar formal la pulak......haha....


team baju raya warna ungu.....dari kiri : imran,luqman,ammar,minul,haziq,muzamil..
bawah : udin..


team warna hijau...dari kiri : adib,syakir,fikri,hatta,asyraf n afif.....


team inni...merah..haha....dari kiri: syanil, hisyam,apis n salam.....


team biru.....pijul..zahir...azim...n nuqman....huhu...


poyo macam nak buat cover album plak.....haha...


team warna tak seragam or selain..haha...muhaimin,wafiy,shahiman,muttaqin,hubaib n haikal....


tatau nak kata ape...haha.......
perhatian!!
 salam ukhuwwah....artikel yang inni ingin kongsikan dengan pembaca kali ni inni jumpe di dalam profile seorng kenalan inni di facebook.......renungkan......

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..  

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:   Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

SUBHANALLAH...........hanya allah yng tahu bilakah akan terjadinya kiamat......
dalam hela nafas ini....
Tuhan..
malam ini lenaku dalam rengkungan nafas yang sempit
dalam kesesakan dada yang memberat
dalam keresahan jiwa yang membungkam..

Tuhan
aku gembira dalam kedukaan
tersenyum aku dalam titis air mata ini
aku bersyukur dalam setiap percaturan
yang Kau lampirkan sepanjang lembar kitabku..

Kagumnya aku
bagaimana Kau bisa menciptakan perasaan seperti ini
segugus kesyukuran dalam segarit kedukaan
kadang aku gundah memikirkan nasib sendiri
rupanya Kau sedang menciptakan kebahagiaan..

Tuhan
biarlah aku mengadu sampai nafas ini habis
aku tahu Kau sahaja yang menjadi puncak harapanku
dan Kau Tuhan yang tidak menzalimi hambaNya
kerana aku telah menyaksikannya sendiri dalam takdir hidupku
bersyukurnya aku oh Tuhan..

dan aku tahu, bahagia ini tidak akan kekal..
Kau akan mengujinya lagi.. kan Tuhan?




credit to haulid.........
layakkah kita bertemu kekasih allah..???
muhasabah:PELAJAR UIAM MIMPI BERTEMU RASULULLAH (KISAH BENAR)

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama…
Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masihdikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkankita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..”

Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan ygsetahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…” Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Haiorang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlahsalam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
 p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

**ambillah i'tibar daripada kisah y menyayat hati ini...dan buatlah perubahan..sebelum terlambat... semoga antum semua termasuk dalam golongan orang y beriman....TAKBIR...!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...