Followers

Kehidupan Sebenar Baru Sahaja Bermula - Prologue Part 2 ( Hanya dengan mendengar .. )
Assalamualaikum sahabat sahabat dunia akhirat sekalian . 

Bertemu lagi kita dalam dunia maya ini . Dunia yang dipenuhi dengan tribulasi . Sesiapa sahaja boleh memasukinya tanpa sempadan . Namun yang penting adalah , aku perlu manfaatkan medium ini dengan perkara yang mendatangkan pahala buatku dan seluruh umat islam . Mungkin sebahagian perkongsian aku tidak bermanfaat untuk kalian . Padan muka siapa suruh nak sangat baca . Ok jenaka sahaja jangan ambil serius .

Semester dua di alam universiti bukanlah suatu perkara yang mudah bagi aku . Aku sudah mula hadapi tekanan dalam segala gerak kerja yang aku lakukan . Ya , ia membuatkan aku lebih matang untuk melakukan keputusan . Disebabkan perkara ini , aku memilih untuk diam dan mendengar . Diriku yang dulu bukanlah diriku yang sekarang . Aku harus lupakan zaman 'bising' itu dan berhijrah dengan perwatakan yang baru . Ramai juga sahabat yang bertanya padaku kenapa hanya berdiam dan mendengar ? hmm . Terlalu banyak jawapan untuk aku katakan pada sahabat sahabat sekalian .

Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Aku sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka aku , dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar.
Dari aku , hanya sekadar secangkir emosi ..

HANYA DENGAN  MENDENGAR…

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya. Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

 Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”

Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain.

 Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai:“Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”

Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa?

Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar. Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri!

 Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri). Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata.

 Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

 Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “sami”. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu. Allah bersedia mendengarnya  bila-bila masa sahaja.

 Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak.  Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

 Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya. Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

 Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya. Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

 Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

 Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya.

Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita. Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu…

Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan. Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan.

Cukup untuk malam ini . Aku sedang dalam fatrah exam . Aku ingin persiapkan diri untuk peperiksaan yang bakal menjengah isnin ini . Semoga sahabat sahabat dapat manfaat dari entri kali ini . 

Wassalam Aleik . 




Kehidupan Sebenar Baru Sahaja Bermula . Beginning part 1
Assalamualaikum sahabat sahabat dunia akhirat sekalian .

kesekian kalinya hati aku terpaut untuk menulis entri pada kali ini . Anggap sahaja lah ini adalah entri akhir tahun yang bakal merumuskan hidupku sepanjang tahun 2014 .

Bismillah . Aku mulakan coretan dengan kalimah yang sangat mulia . Kalimah yang nabi ajarkan pada umatnya ketika hendak memulakan setiap sesuatu perkara . Eloklah sebelum kalian meneruskan pembacaan , mari kita sama selawat ke atas junjungan nabi S.A.W . Moga moga Allah memberi keampunan untuk kita semua dan terima syafaat dari baginda S.A.W . Qul ameen !

Sinopsisnya kehidupan yang aku sedang tempuhi ini adalah satu bentuk yang naratif . Ianya seperti satu hikayat yang mempunyai seribu erti dalam hidup aku . Terasa mustahil untuk memiliki sesuatu .. hmm . apa benda aku mengarut ni . haha . Aku juga terkadang merasakan sesetengah perjalanan kehidupan aku ini seperti sesuatu yang aku boleh katakan utopia , ilusi mahupun hanya angan angan dan bukanlah sesuatu yang realiti apatah lagi kenyataan .

Menjadi seorang mahasiswa yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah . Dalam keadaan kehidupan zaman moden yang menitikberatkan soal kos sara hidup , membuatkan aku mengambil keputusan  untuk hadapinya berseorangan tanpa perlu menyusahkan orang lain . Kerana aku lelaki . Lelaki bukanlah diciptakan untuk mengisi waktu lapangnya dengan berhibur tanpa sempadan . Lelaki itu diciptakan penuh dengan rasa tanggungjawab . Kadang - kadang aku benci melihat lelaki yang tiada usaha untuk survive dalam kehidupan mereka . Sudah besar panjang pun masih mahu menyandarkan semua pada orang tua . Elok makan penampar aku ni ha . kui3 .

Akhirnya hampir satu semester aku ditabalkan sebagai seorang mahasiswa , aku belajar bahawa kehidupan ini perlu dihadapi dengan sinis . Sinis yang bagaimana ?  iaitu sinis yang mana kalian tak perlu nak hirau orang lain yang ingin jatuhkan usaha kalian itu sendiri .

Percayalah , jika kalian masih meneruskan kehidupan yang sama pada hari ini , esok kalian bangun pagi dengan muka yang serabut dan tidak terurus , kalian akan masih berhadapan dengan masalah yang sama . So , bila nak berubah ? Sekarang der . :3

Lakukan penghijrahan untuk diri sendiri kerana Allah dan sudah semestinya untuk diri sendiri bukan ? perubahan yang aku dan kalian lakukan itu bukanlah untuk orang lain . Semuanya bergantung pada diri kita sama ada ingin mulakan perubahan atau tidak .



The hardest part is always at the beginning . Aku selalu berpegang dengan kata kata ini . Ramai manusia yang masih tidak mahu berubah kerana mereka ragu ragu untuk memulakan perubahan . Trust me , bila kita takut memulakan perubahan terhadap diri kita , hiduplah kau sampai mati dalam kotak yang sama . Pokok pangkal perubahan itu datangnya daripada langkah pertama yg kita lakukan . Kalau langkah pertama itu sudah dimulai , In Shaa Allah langkah seterusnya itu akan menyusul . Tetapi jika langkah pertama pun tiada , hmmm . makan penampar aku kali kedua nak ? haha

Aku menulis dalam keadaan pesimis ni bukan apa , sebagai satu motivasi juga buat aku . Aku dahulunya pun seorang yang mengharapkan orang lain untuk membantu . Memang aku pendosa yang sentiasa berkoma , takkan jumpa noktah sebab banyak sangat dosa . Tapi sekurang kurangnya aku berusaha untuk mengubah nasib hidup aku . Ternyata kali ini aku pula nak mengajak kalian lakukan perubahan itu untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain . Benda baik apa salahnya dipertimbangkan bukan ? spesifik kan moving target kita semua . Kehidupan memang sesuatu yang complicated . Hadapi ianya dengan tenang . peace yow ~

Trust me . I`m Hisyam Elharith .

Salam Aleik .


Entri malas tahap gaban .
Assalamualaikum semua .
Moga semuanya dibawah perlindungan dan naungan Allah . amin .

Post ini bukan post ilmiah .

Harini aku taknak bercerita lebih-lebih . Cuma nak bagitahu yang pertengahan tahun ini aku agak busy dan mungkin tak dapat nak buat entri baru . Tapi insya allah aku akan cuba juga walau camnepun . Kalau korang nak ikuti perkembangan aku , just add me on facebook : Inni Akhafullah . Ade gambar aku kt situ . aku lah tu . haha . 

Nak dijadikan cerita . sebenarnya aku rajin je nak perah otak tulis sumtin untuk dikongsikan dengan sahabat2 aku di laman sosial . Cume kalau aku just bagi ayat2 simple aku post kat facebook . Untuk blog nie mungkin kalau aku nak buat artikel about sesuatu perkara yang aku rasa aku perlu tulis tentang subjek tersebut . So , aku minta maaf kalau tiada entri untuk kome semua .

Aiwah . Cukuplah tu untuk malam nie .

Wasalam warahmatullah .
Realiti pendakwah alam maya .
Assalamualaikum . Aku harap korang baca . copy paste dari seorang sahabat . Silakan terasa .

Aku tak nampak apa point jadi manusia
yang menyebar dakwah .

Aku tak nampak apa point jadi manusia
yang menyebar dakwah , dalam masa yang
sama masih seronok hidup dalam jahiliyah .

Aku tak nampak apa point kencang di
twitter , Facebook , wechat , blog , tapi diri
sendiri nak bangun solat subuh pun kena
orang kejut .

Ah diri sendiri! sila terasa. Kau pun dua
kali lima !

Aku tak faham kenapa manusia boleh
berbaik dengan berpuluh ribu manusia , tapi
dengan keluarga sendiri , hancur . Aku
ulang , HANCUR !

Situasi 1:
Dengan kawan , mulut manis , senyum , nak
marah pun tak sampai hati . Dengan adik
sendiri ? Kau maki .

Dengan housemate , belanja dia makan pun
kau sudi . Dengan abang sendiri ? Kau buat
perangai minta kaki .

Dengan kakak yang jaga counter restoran ,
kau cakap sopan-sopan . Dengan kakak
sendiri ? Bila dia tegur untuk kebaikan kau ,
kau melawan .

Dengan lecturer , dia nasihat , kau tunduk
diam . Dengan mak ayah ? Kau hentam .
Kawan buat apa , kau boleh sabar . Adik
baru kacau sikit , dah hilang sabar . Apecer
bro ? Apecer ?

Dekat alam maya , bukan main kencang
dakwah . Bukan main lagi tunjuk imej
muslimin , muslimah sejati . Tak layan
ajnabi , tegur kalau orang mencarut . Pesan
suruh baca Al Mulk sebelum tidur . Pesan
suruh baca Al Kahfi setiap Jumaat . Tapi
diri sendiri tak amal . Lepas tu pujuk hati ,
kata " Alaa relaks lah boh , bukan diorang
tahu aku baca ke tidak ."

Aku sendiri , tak terlepas dari buat
kesalahan . Malah jika nak dibandingkan
aku dengan kalian , mungkin saja dosa aku
lagi berlambak . Menggunung tinggi .

For sure , siapalah yang taknak jadi baik .
Siapa yang tak nak masuk syurga kan ?

Kalau tanya peminum arak tegar , tanya
pelajar paling bermasalah , tanya samseng
jalanan , tanya pengkid dan lesbian , tanya
gay dan pondan di luar sana . Mereka juga
nak ke syurga . Mereka juga nak jadi baik
sebenarnya .

Tugas kita , bukan sekadar menyeru dengan
lafaz . Bukan lantang hanya di mulut . Tapi
tunjukkan dengan perbuatan sekali .

Kalau kita skater, pastikan jadi skater yang
boleh jadi contoh kepada skaters yang lain .
Waktu solat , kita berhenti skating . Pergi
solat dulu .

Kalau kita student , jadi student yang
meletakkan Allah sebagai yang utama . Tak
bazir pun masa kalau kita tinggalkan
sekejap waktu study kita untuk pergi solat .
Malah tak mustahil , 4 flat dalam tangan . A
lurus dalam genggaman .

Jom , jadi manusia yang hidup dalam
iman . Bukan manusia yang hidup dalam
khayalan .

Situasi 2 :
Tengah syok-syok menaip , tweeting ,
dakwah katanya . Sekali mak ketuk pintu
bilik , " Man , dah kemas bilik belum ?
Cepatlah , ada tetamu nak datang kan lepas
ni ."

Kita pun melenting . Marah bukan main
sebab rasa macam konsentrasi dakwah kita
terganggu .
Alamak . Dakwah terganggu atau ego
terganggu ?

Kemudian tak sampai lima minit , ayah pula
terpacak depan pintu bilik , " Man sudahlah
duduk depan laptop , mari tolong orang lain
kemas rumah , sidai kain ."

Lagi sekali hati rasa panas je . Terus
mencebik , buat muka tak puas hati .
Aduh . *tepuk dahi*

Malu lah kalau macam ni perangai
pendakwah .

Di alam maya , bukan main
baik . Di dunia nyata , lembik . Sikit-sikit
nak marah .

Tiba-tiba adik kecil pula masuk bilik , buat
bising . Kita bengang lagi . Suruh dia keluar
bilik .

Kalau macam inilah , lebih baik tak payah
sembang kencang di alam maya , kalau
hubungan dengan keluarga pun tak boleh
jaga .

Kadang-kadang itulah . Perkara yang pada
kita , ia remeh , sebenarnya itulah cermin
sebenar diri . Apa yang remeh sebenarnya
dalam dunia ni ? Sedangkan amalan sebesar
zarah juga , kira besar partikel atom ke apa
kan , juga boleh membezakan sama ada ke
syurga atau neraka .

Ha sini nak pesan .
Kita masuk syurga , bukan sebab banyaknya
amalan . Bukan juga sebab pahala yang
menggunung . Tapi redha Allah .

Sebab redha Allah pada kitalah , kita ke
syurga .

Ulamak dulu-dulu selalu pesan , " Tugas
kita buat ibadah . Tugas masukkan ke
syurga atau neraka , tugas Allah . Kalau dah
pahala seluas lautan , kalau Allah tak
redha , tak dapat juga merasa untuk ke
syurga . "
Bicara ini demi Ilahi : Muslimah
Assalamualaikum .. :)

Apa khabar iman kalian hari ini ? Moga harapnya sentiasa berada pada taraf yang hebat . :) Baik lah . Entri hari ini aku nak tulis tentang wanita . Kerana apa ? Kerana kisah seorang lelaki itu takkan terlepas dari mengenali individu yang bernama wanita hatta perjalanan dakwah nabi s.a.w pun ditemani seorang insan yang sangat dikasihinya iaitu isteri baginda , seorang wanita . Jelas , Allah ciptakan semua benda kat dunia ini berpasangan . Niat dihati nak keluarkan dalil tapi tak mengapalah , mungkin antum semua lagi masyi dari aku . Cukuplah itu sebagai muqaddimah aku kali ini .

Aku bukanlah siapa siapa hendak menulis sesuatu yang ilmiah untuk korng semua . Cuma atas dasar tanggungjawab sesama muslim , aku rasa aku layak dan aku perlu menyampaikan risalah agama nie . Aku bukan perintis pada perjalanan dakwah ini . Hanya menjadi mata rantai seperti dalam siratan rantai makanan yg menjadi penyambung hingga ke penghujung namun bukan yg terakhir . Menunjukkan bahawa aku dan kalian yang akan meneruskan legasi dakwah ini kerana bukan aku yang memulakannya , dan bukan aku juga yang mengakhiri perjuangan ini . Mungkin generasi yang akan datang hendaknya . Qul Ameennn...~

Sedikit luahan hati dari seorang insan yang bernama lelaki , yang selalunya dipersalahkan oleh kaum wanita atau muslimah tentang apa sahaja . Baik dari segi tanggungjawab mahupun perkara yang remeh temeh . Aku terguris tahu tak ? Rasa seperti tepung yang dilenyek untuk dibuat roti canai lalu dimakan oleh orang ramai . What the ? Aku dah naik syeikh nie . grr . Ketahuilah muslimah , kalian juga ada salahnya . Kerana kalian bengkok , dan selama lamanya akan bengkok . Maka lelaki lah yang akan meluruskannya . So , jangan lah salahkan lelaki . Kesian aku , kesian mereka , kesian abang kau , kesian ayah kau , pakcik kau , hatta ayam jantan sendiri pun . Jangan salahkan kami secara membabi babi . ehh , membabi buta . Sungguh kasar bahasa aku . Tak apa , suka hati lah aku nak mengarut , ni blog aku . Padan muka .

Nah aku titipkan sebuah puisi untuk muslimah yang aku tengok mereka pada hari ini memperjuangkan satu perkara yang bercampur antara hak dan batil . Juga renungan untuk kaum muslimin yang bakal memimpin . Sama sama kita koreksi diri . Termasuk aku .


Kau serikandi
Malah jauh lebih hebat dari lelaki
Sejarah pun telah terbukti

Aku memerhati
Kau tetap pejuang sejati
Mungkin hanya didunia realiti
Namun kau kalah dengan fantasi
Dialam maya kau kalah dengan ajnabi
Dengan pujian
Dengan kemuliaan dan ketinggian
Lalu kau anggap dirimu sudah berprestasi

Sungguh aku jujur
Dengan hati yang luhur
Aku sedih dengan muslimah hari ini
Terpekik terlolong perjuangkan itu ini
Ikhtilat di alam maya sudah menjadi perkara basi
Bukan aku nak kata lelaki hebat
Tetapi wahai muslimah
Kalian dijaga oleh Allah
Dan seharusnya
Banyak pantang larang berbanding lelaki

Kau tak endah dengan nasihat
Menganggap dirimu hebat
Lalu kau lakukan apa yang kau suka
Dengan hati gembira
Tanpa kau sedari 
Mungkin kata katamu menjadi fitnah duniawi

Berhentilah
Berhentilah menyeksa kami lelaki
Kerana sesungguhnya
Antara fitnah terbesar akhir zaman
Ialah wanita itu sendiri !
Aku mohon dengan lemah lembut
Angkat bendera putih
Tanda perdamaian

Percayalah
Bicara ini ilham yang allah beri
Bukan aku memerli
Tapi aku sayangi
Kerana aku lelaki

Demi allah
Demi agama 
Aku rela dengan segala
Tohmahan yang kau beri


Wallahua'lam .

CopyRight Reserved
Hisyam Haris Al Qurd
16.04 p.m
Khamis , 22 Rejab 1435 H
22 Mei 2014
Home sweet home ~

Mencari semangat untuk kembali menulis .
Ya menulis adalah sebuah pekerjaan yang murni. Saya teramat-amat mengakui kebenaran hakikat ini. Itulah sebabnya tajuk entri pada hari ini adalah mencari semangat untuk kembali menulis.

Blog aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dahulu rajin menulis sekarang dah malas menulis. Bila dah makin lama tidak menulis, akibatnya ayat jadi tunggang langgang, berterabur, tidak berseni, dan kaku. Anugerah yang dahulunya dikurniakan oleh Allah telah tumpul sedikit demi sedikit.

Aku tidak bercadang memberi tips untuk mencari semangat menulis pada hari ini. Aku hanya ingin menulis secara bebas. Membiarkan tangan aku meluncur saja atas papan kekunci ini. Menghilangkan segala perkara yang terbuku dalam hati. Kerana kadang-kadang menaip tanpa rasa juga adalah perkara yang boleh mendatangkan asyik.

Aku minta maaf, rasanya tiada sebarang manfaat untuk post ini. Kalian yang membaca hanya telah menjadi seorang yang rugi. Padan muka.

Ok, aku ingin bersiap menuju tuhan, kerana Jumaat ini aku tak pasti adakah yang terakhir akan aku huni.

Salam Ukhuwwah , banyakkan selawat.

Entri akhir tahun ! :3

Assalamualaikum semua ..... warghhhhh... sungguh bersawang dah blog inni nie... setelah sekian lama ditinggalkan kerana terlalu sibuk dengan dunia luar smpai tak sempat na share gn sahabat2 sume pe yg inni lakukan sepanjang tahun 2013 nie... Alhamdulillah tahun 2013 pun dh nak berlabuh ta lma je lagi nie.. n kita semua bakal hadapi satu tahun yg mana kita tak tahu nasib yg akan dtg... sama ada baek atau buruk , semua tu urusan pencipta kita Allah s.w.t . Kita hanya mampu merancang yang terbaekk utk diri kita.. namun allah yg mengatur segalanya . 

Allah berfirman dalam surah al baqarah pada ayat 216 :

"dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu , dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu . Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui semuanya itu sedang kamu tidak mengetahuinya . "

Ayat nie jelas terangkan semua yg ada di dunia nie allah yg punya ..~ tugas kita hanya merancang . Alhamdulillah bgi inni , tahun 2013 nie merupakan tahun yg sangat bermakna seperti tahun2 yg sebelumnya juga . hehe.. alhamdulillah semakin bertambah kenalan dari seluruh pelusuk tanah air malaysia. :) alhamdulillah sangat . Inni harapkan setiap yg akan berlaku pada diri kita ni , semoga kita semua mampu hadapinya dan menilai sejauh mana tahap iman kita.. adakah semakin bertambah atau berkurang . 2014 yg akan menjengah tidak lama lagi nie bukan sesuatu musibah utk diri kita , tapi jadikan ianya satu batu loncatan utk kita berhijrah ke arah yg lebih baekk ..

siruu ala barakatillah.... :)

p/s : gamba kat atas tu gn kengkawan stam.. hehe.. saje letak... :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...