Followers
20
May 2014
Ya menulis
adalah sebuah pekerjaan yang murni. Saya teramat-amat mengakui kebenaran
hakikat ini. Itulah sebabnya tajuk entri pada hari ini adalah mencari semangat
untuk kembali menulis.
Blog aku
yang dulu bukanlah yang sekarang. Dahulu rajin menulis sekarang dah malas
menulis. Bila dah makin lama tidak menulis, akibatnya ayat jadi tunggang
langgang, berterabur, tidak berseni, dan kaku. Anugerah yang dahulunya dikurniakan
oleh Allah telah tumpul sedikit demi sedikit.
Aku tidak
bercadang memberi tips untuk mencari semangat menulis pada hari ini. Aku hanya
ingin menulis secara bebas. Membiarkan tangan aku meluncur saja atas papan
kekunci ini. Menghilangkan segala perkara yang terbuku dalam hati. Kerana kadang-kadang
menaip tanpa rasa juga adalah perkara yang boleh mendatangkan asyik.
Aku minta
maaf, rasanya tiada sebarang manfaat untuk post ini. Kalian yang membaca hanya
telah menjadi seorang yang rugi. Padan muka.
Ok, aku
ingin bersiap menuju tuhan, kerana Jumaat ini aku tak pasti adakah yang
terakhir akan aku huni.
Salam Ukhuwwah ,
banyakkan selawat.