Followers

cahaya kekasih
kau merentasi ruang yang tandus ini
tabah mengharungi teriknya hangat mentari
telah kau nyatakan segala kebenaran
jua kau buktikan ertinya kesetiaan

kepada yang esa kau serah jiwa raga
untuk umatmu kau semaikan benih cinta

kau insan agung teristimewa
rasul tercinta kekasih allah
hadirmu bagai cahaya purnama
menerangi malam yang gelita

kau insan agung teristimewa
indahnya wajahmu bercahaya
rasul terakhir utusan allah
terukir namamu teguh bertakhta

kau yang teristimewa  
si pencari kayu
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu.Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas.Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata. 


Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,


"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.
"Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari. 
"Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas.
Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi. 
"Bukan yang ini",jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa.
"Err..mungkin yang ini?,duga pari-pari.
"Hamba yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai 
ini",jawab si pencari kayu jujur.
Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu.
"Ya,inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam 
sungai tadi".
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu,maka pari-pari 
memberi
kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu.
Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali. 
*******


Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan.Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul.Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta.Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu.Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...".
Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali 
bersam-samanya Siti Nurhaliza.


"Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga. 
"Yes..yes",jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah",Penipu,pembohonggg....,nah terima 
baaa...",belum sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu berkata,
"Maafkan hamba!Bukan niat hamba berbuat demikian.Ini hanya salah faham".
"Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Wardina. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin...mana larat nak maintain semua tu...bole tercabut kepala lutut.. Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas. Bley?


haha.....(^_^)
nilailah dirimu


renung renungkanlah..............................


Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita.

Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling kita.

       Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah.Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.Beberapa bulan kemudian,si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang,saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.Kemudian,kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

       Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.Esok pagi ketika sarapan,mereka sedia membincangkannya.

"Saya akan mulai dulu ya",kata isteri.
Ia lalu mengeluarkan senarainya.Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya,ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ...
"Maaf,apakah saya harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak,teruskan ..." jawab suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai,lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran abang membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan suaminya berkata,
"Aku tidak mencatat sesuatu pun di atas kertasku.Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna,dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu.Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku.Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya ...bahawa suaminya menerimanya apa adanya.Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,carilah kekurangan sendiri.Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan nya YA,maka kita berbohong atau kita PERASAN.Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki...
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita.Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYAALLAH.""

wallahu a`lam......(^_^)
Rindu semakin luruh

Ketika maut menjemputmu
Seisi alam berwajah sayu
Hati ibu dihiris sembilu
Ayah merintih meruntun kalbu



Khabar itu mengirim duka 
Nenda menangis tiada puasnya 
Potretmu beralun suara

Berbicara di mana-mana


Jiwa mudah tersentuh


Lambaianmu semakin jauh
Sebak berhimpun sendu berlabuh
Dan rindu semakin luruh



Terlalu awal pemergianmu
Begitu cepat kehilanganmu
Sungguh ajal sentiasa menunggu
Tidak bertangguh tiada berwaktu



Baru semalam kau ada di sisi

Hari ini engkau tiada lagi
Demikian ketentuan Ilahi
Bersama hikmah yang mengiringi...

salam aidiladha
     salam ukhuwah. ha..ini gambar terbaru yang inni edit dari photoshop. sedang dalam latihan untuk cuba mengedit gambar gambar. inni terpaksa belajar bersendirian.haha...apa apa pun, harap para pembaca puas hati dengan hasil kerja tangan inni ini. insya allah, kalau ada lagi hasil kerja tangan inni, inni akan cuba post dalam blog ini.  wasalam........
Labels: 1 comments | edit post
aku mencintaimu kerana syaitan
sedang melayari blog  dunia baru, tiba tiba terjumpa kisah ini, hayatilah.........


Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice: (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak 'islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice: (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh.. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan SYAITAN Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

*****

Dua tahun kemudian...

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...