Followers

dimanakah kasih sayang????
"kenapa manusia sering bermusuhan walaupun setiap manusia dilahirkan melalui kemesraan?"


kata kata ini secara tiba tiba terpacul dari mulut seorang kenalan inni di MITIB iaitu saudara Shahiman ketika kami sedang `prep` pada waktu malam.Entah dari mana rakan inni ini mendapat satu ungkapan yang unik dan tersirat ini.Inni pun mencatatkan kata katanya itu dalam sebuah buku nota.Setibanya di asrama, sebelum inni tidur, tiba tiba inni teringat akan perkataan yang rakan inni katakan tersebut.lantas inni terus mengambil semula buku nota itu dan cuba memerah otak dalam keadaan gelap gelita sehingga ngantuk lalu tertidur. tetapi inni masih dapat beberapa perkara yang mungkin dapat dikongsi bersama para pembaca. haha...


jika direnungkan semula kata kata rakan inni ini, bunyinya seakan akan sensitif pun ada. hehe...tetapi perkara ini yang mendorong inni untuk cuba memecahkan rahsia persoalan ini kerana sedikit sebanyak ianya mungkin berkaitan dengan diri dan kehidupan inni.mungkin perkara ini boleh mengubah segalanya dengan lebih baik insya allah....

fitrahnya, manusia memang tidak terlepas daripada bermusuhan, termasuk inni sendiri. boleh dikatakan, permusuhan itu ibarat `adat` dalam kehidupan seharian. mungkin pemikiran inni yang hanya belasan tahun ini tidak mampu mengubah apa apa. tetapi inni cuma memberikan pendapat sahaja."adakah manusia tidak memikirkan yang mereka dilahirkan daripada satu kemesraan dan kasih sayang?"sejak lahir kita diberi kasih sayang, tetapi apabila sudah meningkat dewasa, kitalah yang membuat onar di muka bumi ini. apa jenis manusia ini?

1400 tahun dahulu kita telah diberi contoh teladan yang baik sepanjang zaman, tidak lain tidak bukan, nabi kita, muhammad s.a.w. .baginda mendidik para sahabat dengan cekal tanpa ada walau sekelumit permusuhan pun. alangkah indah jikalau zaman era ke 4 ini seperti zaman rasulullah dan para sahabat dahulu. permusuhan tidak membawa apa apa malah bakal mencetuskan peperangan yang hanya akan merosakkan bumi yang di akhir usia ini.

sedang inni menulis entry ini, secara tiba tiba inni teringat sebuah lagu nasyid yang pernah dipopularkan oleh raihan yang bertajuk kasih sayang. inni ingin berkongsi sedikit lirik lagu tersebut...

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti 
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

kita selalu dengar kisah permusuhan bermula daripada satu perkara yang kecil kemudian dibesarkan pula. itulah realitinya. perkara sebegini akan berlanjutan sekiranya tidak ada satu pihak yang bertolak ansur sesama mereka. setuju???
oleh itu, jalan penyelesaian yang paling baik menurut inni adalah dengan cara memupuk sikap bertolak ansur dalam diri setiap individu. ingat. permusuhan tidak membawa apa apa.....renung renungkan dan selamat beramal........huhu...
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...