Followers

aduhai gadisku yang CANTIK....


AMARAN : Terdapat unsur2 dewasa di dalam artikel ini. Ianya bukan bertujuan jelek melainkan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Satu petang, mak inni tiba2 bertanyakan satu soalan kepada abang inni yang amat jarang ditanya oleh beliau sebelum ini,(nama abang inni tu zaki) “Ki, apa perasaan lelaki bila tengok perempuan mendedahkan aurat?”

abang inni yang ketika itu sedang meneguk air teh hampir tersedak . Segera dia meletakkan gelas di atas piring. Cepat2 dia ambil nafas semula, menenangkan diri.inni pula curi2 dengar ‘Kenapa plak mak tanya soalan ni tibe2 ni’, gumam abang inni.


abang inni pun menjawab secara ringkas, “Emm selalunya orang laki ni memang suke tengok pompuan yang pakai seksi2. Pastu kadang2 terasa nak kacau, terasa nak ngorat..gitu la lebih kurang.. kenapa tiba2 tanya camni ni mak?” dia bertanya kembali.

“Takdela, mak ada terbaca kat henset asit(abang inni), yang kawan dia ada ajak gi satu tempat, tapi dia tak nak pergi. Katanya sebab kat sana ada pompuan pakai skirt pendek2.. dia kata kalau tengok orang pompuan pakai seksi2 ni emosi jadi terganggu,”jawab mak inni.

inni dan abang inni terdiam. Mak inni pun diam. Tiada lagi pertanyaan mahupun huraian lain. inni tertunggu2 manalah tahu ada soalan susulan yang hendak diajukan kepada abang inni. Sambil2 menunggu abang inni mencapai semula gelas tadi. Tiada juga soalan, tetap diam. Lantas dia pun meneguk semula air teh yang masih berbaki di gelas. Sedikit tawar air teh tersebut.

Kenapa perempuan mendedahkan aurat?

inni termenung sebentar. Berfikir2 tentang sesuatu. Kenapa perempuan suka mendedahkan aurat?

Minta maaf kepada kaum hawa di luar sana. Mungkin soalan ini agak sensitif apabila ditanyakan pada perempuan. Tambah2 mereka yang terkena dengan soalan tersebut.

inni sendiri pernah bertanyakan pada orang2 tertentu tentang soalan ini. Antara jawapan yang diterima adalah seperti,

“Dah memang naluri orang pompuan suka berhias, nak buat macam mana lagi..”

Antara lain ;

“Dont judge a book by its cover. Luar je macam ni, dalam hati Allah je yang tahu..”

“Orang yang pakai jubah dan tudung labuh pun sama je jahat, kadang2 lebih teruk daripada kami ni, malah kami lebih bagus daripada dorang tu sebab kami tak hipokrit..”

Yang paling teruk ada yang menjawab ;

“Belum sampai seru nak tutup aurat lagi la beb..”

Emm inni tidak mahu mengulas jawapan2 tersebut. Cuma di sini inni ingin kongsikan beberapa realiti orang lelaki apabila terlihat kelibat perempuan seksi.

Apa reaksi lelaki apabila melihat perempuan seksi?

Ketahuilah, apabila orang lelaki bertembung dengan perempuan seksi, antara perkataan2 yang akan terpacul dari mulut mereka ialah ;

“Fushh, mantap beb,”

“Body montok beb, rugi tak tengok,”

“Ni kalau peluk pun sedap ni,”

Dan banyak lagi reaksi yang inni tidak sanggup untuk sebutkan di sini. Ni antara reaksi lelaki yang normal, kalau yang tak normal inni tak tahulah.

Tak percaya? Emm inni seorang lelaki, inni tahulah apa perasaan orang lelaki. Mungkin kalian selaku orang perempuan menganggap ianya hanya perkara remeh sahaja. Mungkin orang perempuan tidak pernah terfikir pun sejauh ini. Mereka hanya menganggap dengan berpakaian ketat dan mendedah2 tubuh ni hanyalah sekadar nak berfesyen atau mahu dipandang cantik oleh semua orang.

Saya sanggup bertaruh, panggil la ustaz atau ulama yang paling warak dan alim atas muka bumi ni, tanya kat dia apa yang dia rasa apabila melihat perempuan berpakaian seksi. Kalau ada yang berani bertaruh boleh hubungi saya di sini.

Maaf, bukan berniat untuk menzahirkan emosi. Mungkin ada sedikit tempias keemosian di perenggan atas ni. Huhu.

Keayuan anugerah Allah..

Percaya atau tidak, sebenarnya kaum hawa ni sudah tersedia cantik seperti yang sedia ada. Walau labuh macamana pun pakaian atau jilbab yang dikenakan oleh seseorang perempuan itu, dia tetap kelihatan menawan pada pandangan seorang lelaki. Walaupun hanya melihat susuk tubuh dari belakang tanpa melihat wajah sekalipun, mereke tetap kelihatan cantik. Sudah ketentuanNya menjadikan setiap daripada tubuh dan anggota wanita itu kelihatan cantik.

Kadang2 sesetengah perempuan beranggapan, “ala aku nak bagi nampak bentuk badan sikit je, bagi nampak menarik sikit, bukannya nak bogel pun..”

Ya memang kaum hawa ni sudah tersedia cantik seperti kejadiaannya. Percayalah apabila kalian memilih jalan untuk lebih menarik daripada apa yang telah tersedia ada, maka ia adalah SYAHWAT.

Apabila kalian memakai beberapa aksesori make-up pada wajah, dan sahabat anda memuji,

“Cantik la kau hari ni..”

Maka yang dipujinya itu bukanlah anda, tetapi make-up.

Seorang lelaki yang berniat jahat sangat2 sukakan gadis gedik dan manja. Kerana gadis2 ini bisa memuaskan nafsu mereka, nafsu seorang lelaki. Nafsu ini tidak pernah berkurangan dalam diri seorang lelaki.

Teringat kata2 seorang sahabat saya (perempuan), “Orang laki ni, makin tua makinmenggatal..”

Kalau tak percaya, kalian boleh mencuba eksperimen ini.

Suruh la mana2 perempuan pergi pada seorang lelaki yang dah agak berumur, tapi janganlah tua sangat, then buat gedik2 dan manja pada dia. Mesti dia akan berasa seronok, suka dan teransang. Malah mahu dijadikan isteri kedua pula agaknya.

Tapi cuba kalau seorang lelaki muda datang pada seorang perempuan yang dah agak berumur, buat2 manja sikit. Kompem kena pelempang rusia sebijik. Kecuali la kalau buat kat mak datin. Memang kena lahap la jawabnya (jadi gigolo)..haha...

Nafsu lelaki dan perempuan..

Nafsu orang lelaki dan perempuan berbeza. inni tidak tahu secara mendalam bagaimanakah jenis nafsu yang ada pada perempuan melainkan nafsu membeli belah, barang kemas, make-up, eksesori dan nafsu ingin dicintai. Jarang sekali mendengar kes2 orang perempuan merogol lelaki, atau orang perempuan meninggalkan boyfriend dia setelah puas melampiaskan nafsu bersama teman lelakinya. Kalau ada pun peratusan tersebut sangat kecil. Malah secara puratanya kes tersebut hanyalah berlaku dalam 2 tahun sekali (mengikut perangkaan sendiri..huhu).

Tapi nafsu orang lelaki ni lain. kalau baca berita, dalam 1 hari hampir empat berita yang menceritakan kes lelaki rogol perempuan, lelaki meninggalkan kekasih dan macam2 lagi. Kesemuanya berita yang menceritakan tentang nafsu orang lelaki, dan kebiasaannya yang menjadi mangsa ialah perempuan. Kes buang anak yang didiamkan lagilah banyaknya. Saya rasa kalian pun menyedari berita2 tersebut.

Demikianlah. Hinggakan timbul ungkapan, “PEREMPUAN ADALAH SIMBOL SEKS”.

inni rasakan ada benarnya ungkapan tersebut. Sebab dengan melihat perempuan, akan timbulnya nafsu syahwat. Pusing la arah mana sekalipun, dari depan nampak buah dada, dari belakang nampak punggung yang menonggek, dari tepi lagilah nampak kedua2nya..maaf...huhu..

Kalau orang lelaki jangan harap. Tengokla dari arah manapun, takde orang perempuan yang teransang (err..kalau saya silap sila sanggah di ruangan komentar).

Maka ungkapan tersebut telah mendapat hujah dan buktinya yang konkrit. “PEREMPUAN ADALAH SIMBOL SEKS.”

Persoalannya sekarang, adakah anda setuju dengan pengiktirafan tersebut? Adakah anda setuju andai orang di sekeliling anda mengatakan, “woi simbol seks, jom seks dengan aku..”? adakah anda rela diperkosa oleh orang lelaki dengan sewenang2nya? Hari ini orang lain, esok orang lain. Lusa orang lain...

Jikalau anda tidak bersetuju dan bertegas untuk mempertahankan maruah anda, maka anda adalah orang yang beruntung. Andalah perempuan yang paling dinanti2kan oleh semua orang lelaki di dunia ini. Malah orang lelaki yang paling jahat di atas muka bumi pun menginginkan orang seperti anda. Tidak ada seorang pun lelaki di dunia yang ingin memperisterikan orang yang telah tercemar maruahnya.

Tidak ada orang yang memilih nangka yang telah busuk dan berulat untuk dimakan, semua orang menginginkan nangka yang paling cantik dan molek isinya, tidak pernah disentuh oleh ulat walau seekor pun.

Demikianlah halnya dengan orang perempuan. Ibaratkan dirimu bagai buah nangka. Walau cantik manapun luaran nangka tersebut, orang akan memilih berdasarkan isi dalam yang masih elok dan terpelihara dari sebarang serangga. Manakala yang busuk dan rosak akan dibuang begitu sahaja walau cantik mana pun luarannya.

Bebaskan dirimu dari belenggu nafsu lelaki..

Islam telah menunjukkan jalan keselamatan untuk mengatasi masalah ini. Pencipta kita teramat memahami lumrah dan kecenderungan setiap manusia. Dia tidak pernah menetapkan sesuatu yang menjadi bebanan kepada hambaNya. Setiap percaturan terdapat hikmah2 yang tertentu. Namun, hanya sedikit yang menyedarinya.

Adakah anda tergolong dalam golongan yang sedikit itu? Bersediakah untuk menjadi golongan yang sedikit ini?

Islam memberi kebebasan untuk manusia memilih fesyen berpakaian. Pakailah apa yang dirasakan selesa dan cantik. Hal ini hanya termasuk dalam cabang2 hukum (furu’) dan bukan usul.

Yang menjadi perkara asas (usul) ialah menutup aurat dengan sempurna. Pusinglah tudung arah manapun, yang penting ianya menutup keseluruhan rambut dan menutup dada. Pakailah baju yang berbunga warna-warni sekalipun, yang penting menutup keseluruhan tubuh (kecuali tapak tangan) dan tidak menampakkan susuk tubuh.

Apabila anda menutup kesemua simbol seks yang berada pada tubuh anda, maka orang lelaki tidak berani untuk mengganggu anda. Malah kalau ada yang nak mengorat pun pasti akan malu kesipu2an. Sebaliknya apabila anda mendedahkannya, orang lelaki sangat suka. Mereka akan berebut2 untuk mengganggu anda.

Percayalah hakikat ini. inni seorang lelaki, inni tahu apa yang inni rasa, dan apa yang sering dibincangkan oleh orang lelaki di sekitar inni. Kecenderungan seks seorang lelaki sangat tinggi berbanding perempuan. Tu la sebab banyak bayi kena buang sebelum sempat ia memanggil ibu..(tetiba masuk lirik lagu Mestica – Wajah Sucipula..)

Dan satu perkara lagi, realiti yang harus kalian sedar, orang lelaki akan berlepas tangansetelah tercapai kepuasan nafsu mereka. Itulah sebab mengapa orang lelaki suka meninggalkan perempuan setelah merasakan puas dengan perempuan tersebut dan bertindak untuk mencari perempuan lain pula. Amat malanglah kalian kalau mudah terjerumus pada pujukan cinta seorang lelaki. Itulah hikmah mengapa Allah suruh kahwin antara lelaki dan perempuan. Sebab dengan adanya ikatan pernikahan, lelaki akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap seseorang perempuan itu. Kalau tidak kerana ikatan tersebut, nescaya lelaki akan meninggalkan perempuan tersebut dan mencari perempuan lain pula untuk memuaskan nafsu mereka lagi.

Maka tulah pentingnya kenapa seorang perempuan perlu menjaga dirinya daripada segenap segi, lebih2 lagi akhlak dan sikap. Tutuplah aurat dengan sesempurna mungkin. Nak berhias pun, berhiaslah dengan berpada2. Janganlah melampaui batas.

inni kasihan apabila membaca berita2 wanita malang yang sering diperlakukan oleh orang lelaki. Namun inni tahu, perkara ini takkan berhenti sampai hari kiamat. Lelaki akan tetap dengan nafsu mereka. perempuan akan tetap menjadi mangsa sampai bila2.

Kuncinya hanya satu, KAMU YANG MEMILIH JALAN MANA YANG MAHU KAMU 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...