Followers

disebalik CHATTING.......
salam ukhuwwah....apa khabar para pembaca sekalian??..haa...entri kali ini sebenarnya atas permintaan seorang kenalan inni yang menginginkan inni mengupas isu berkaitan dengan `chatting`berlainan jantina.sama ada ianya dibenarkan atau tidak..inni pun pelik dengan tajuk yang diberi ini. tetapi untuk tidak mengecewakan kenalan inni tersebut, inni macam biasa menjelajah ilusi minda untuk memberikan sekelumit pendapat inni tentang perkara sebegini rupa. tiba tiba inni terfikir, bagus juga rakan inni itu bertanyakan tentang isu ini..teringin juga nak tau kan... tapi inni bgi pendapat dulu la....haha..

kenalan inni yang menanyakan perkara ini mempunyai beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh inni..agak rumit juga persoalan yang diberi... tetapi inni cuba..insya allah...persoalan yang dibangkitkan ialah:
~boleh ke berchatting antara lelaki dan perempuan?
~mengapa sesetengah orang melarang?
~adakah chat boleh menaikkan nafsu seseorang?

boleh ke berchatting antara lelaki dan perempuan?

pertama sekali, inni tidak nafikan yang inni pun pernah berchatting dengan individu yang berlainan jantina. bagi inni sendirilah, secara jujurnya.. inni merasakan berchatting berlainan jantina ini ada faedahnya dan ada musibahnya, ada kebaikan dan ada keburukannya.tetapi bagi inni, inni lebih cenderung kepada keburukan dan musibah. mungkin ianya dibenarkan jika perkara yang dibincangkan ketika ber`chat`ing itu sendiri sesuatu perkara yang boleh mendatangkan manfaat.mungkin juga ianya akan dilarang sekiranya apa yang dibualkan itu sesuatu yang tidak bermanfaat dan bersifat keduniaan semata mata..inni tidak mampu untuk memberi sebarang fatwa dalam hal ini memandangkan inni bukan seorang mufti..inni pernah menanyakan kepada sahabat2 inni..inilah jawapan yang inni dapat..
"tp slagi jage batas2nye aq rse takde problem..."
antara yang lain,
"aku rase boleh je...tapi berpada pada la der...."
itu la antara jawapan yang diterima inni.ini cuma perkara yang sedang berlegar legar di benak inni berkaitan persoalan yang cuba dibangkitkan oleh kenalan inni tersebut..renung renungkanlah..Sesungguhnya chatting (berborak melalui internet), hukumnya sama dengan berbual dan berbicara biasa iaitu harus. Allah dan RasulNya sudah memberikan panduan yang lengkap melalui al quran yang diturunkan dan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam berchatting, seharusnya kita menyedari, bahawa segala percakapan atau tulisan kita, tetap diperhati oleh Allah SWT dan juga MalaikatNya Raqib dan Atid.

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawal yang selalu hadir.” (QS. Qaaf: 1)

Sepatutnya kita selalu menuturkan kata-kata yang baik. Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang mukmin supaya memilih untuk berdiam diri daripada berbicara perkara yang tidak berfaedah.

Dari Abi Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda :
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Firman Allah Taala :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Fushshilat: 33)

Perbualan dan perbincangan selalu di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Allah berfirman yang ertinya:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia". (An-Nisa: 114).

Janganlah kita mengucapkan kata-kata yang membawa kepada kufur, kotor, celupar, kasar, kesat, lucah dan seumpama dengannya sehingga berdosa kerananya.tetapi kadang2 inni juga selalu terlepas kata apabila sedang berchatting...sama sama la bermuhasabah kembali...huhu..

Terkadang berchatting dan berborak menyebabkan kita leka dan lupa waktu atau ketagihan. Ada di kalangan isteri yang sampai bercerai dengan suaminya kerana berchatting berjam-jam setiap hari. Ada pula pekerja yang akhirnya pekerjaannya jadi tidak sempurna kerana ketagihan chatting. Tidak kurang juga berlaku keruntuhan rumah tangga kerana maksiat siber ini. Sesuatu yang harus dan halal pada asalnya sekiranya disalahgunakan sehingga melalaikan dan mebinasakan diri dan orang lain akan jadi haram juga.

Dari Ibnu Umar berkata, Rasulullah saw bersabda,
“Janganlah kalian banyak bicara selain berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana hal itu akan membuat hati menjadi keras. Dan sesungguhnya manusia yang paling jauh dari Allah Ta’ala adalah orang yang berhati keras.” (HR. Tarmidzi)

bagi inni,Jika perbualan chatting tersebut bukan untuk menuntut ilmu atau bukan untuk medapatkan perkara yang bermanfaat, tapi hanya berborak-borak kosong yang tidak berguna, sebaik-baiknya kita tinggalkan demikian itu.

Sebaiknya dalam dunia chatting, kita meninggalkan perdebatan yang tidak menghasilkan faedah

Rasulullah bersabda:
"Aku adalah penjamin sebuah istana di taman syurga bagi siapa saja yang menghindari bertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bercanda". (HR. Abu Daud dan dihukum hasan oleh Al-Albani).

Janganlah kita mengumpat, mengadu domba, atau mengolok-olok sesetengah,kelompok ketika chatting.juga tidak dinafikan ..kadang2 inni pun melakukannya...haha..

Allah berfirman yang ertinya:
"Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain".(Al-Hujurat: 12).
Allah berfirman yang ertinya:

ustaz inni pernah membacakan ayat ini:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan) , dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan) . (Al-Hujurat: 11).

Bergaul antara lelaki dan wanita yang bukan muhrimnya ada batasnya. Janganlah seorang lelaki dan wanita bergaul hanya berdua saja. Sebaiknya ditemani mahramnya. Jika hanya berdua saja, maka hilanglah rasa malu, dan menyebabkan boleh terjerumus ke arah zina.

Selain haram mengucapkan kata-kata kotor, juga jangan mendekati zina dengan menuturkan kata-kata yang manja, rayuan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya.

FirmanNya :,
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu pekerjaan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS 15:32)

Apatah lagi jika chatting itu kemudian dipanjangkan dengan temu janji dan bersentuhan serta ikhtilat yang tidak syarie.

Rasul SAW bersabda yang ertinya:
“Sekiranya ditusukkan jarum besi ke kepala salah seorang di antara kamu, itu lebih baik dari pada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR At-Thabroni dan Baihaqi dari Mi’qol bin Yasaar)

Firman Allah yang ertinya :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudungnya kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak memiliki keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (Qs 24 : 31).

sabda Nabi:
"Dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihat keduanya... (dan beliau menyebutkan) : Para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, mereka menyimpang dari jalan yang benar dan memperlihatkan keburukan mereka kepada orang lain, kepala mereka seperti bonggol unta mereka tidak akan memasuki syurga, dan mereka tidak akan mendapatkan bau syurga, sesungguhnya bau syurga tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (HR. Muslim).

Ketika kita berchatting, mungkin kita tidak tahu siapakan rakan chatting kita. Kadang-kadang saja seorang lelaki menyamar sebagai wanita atau sebaliknya, atau orang yang jahat berlagak seperti orang bijak. Di AS, ada lelaki yang membunuh wanita teman chatting-nya setelah melakukan temu janji di luar. Oleh kerana itu, kita harus lebih berhati-hati dan berwaspada dengan siapa yang kita chatting.

Walaupun begitu ada juga artis-artis Hollywood diislamkan melalui dunia chatting. Berdasarkan bukti yang ada seorang artis wanita tanahair juga kembali jinak dengan agama sehingga meninggalkan dunia disco, nyanyian, lakonan dan dedah aurat dan solat yang tidak cukup selepas berchating dengan seorang arkitek islam yang menyamar sebagai office boy. Begitu juga dengan seorang mullaf dan seorang chatters eropah yang kembali ke pangkuan Ilahi dalam keadaan mengerti dan mengenal agama islam hasil dari didikan seorang chatter. Dan ada juga seorang lelaki Texas yang masuk islam, kerana chatting berbincang tentang Islam. Dia bertanya, ketika pengeboman NYWTC terjadi, apakah umat Islam yang melakukannya? Itu begitu simpati, kerana banyak wanita dan anak-anak yang jadi korban. Ketika dijelaskan bahawa Islam adalah agama yang damai, melarang umatnya memerangi umat yang berdamai/bersahabat dengan umat Islam, hanya berperang untuk bela diri, dan segera berdamai ketika musuh meminta damai, serta konsep Ketuhanan Islam, akhirnya dia masuk Islam.


Jadi chatting boleh jadi halal dan boleh juga jadi haram, ianya bergantung cara kita menggunanya. Dengan panduan di atas, semoga kita sentuasa berwaspada dan lebih berhati-hati, sehingga chatting yang kita lakukan, senantiasa dalam landasan beribadah dan mengingati Allah SWT.

Dalam kita melayari dunia cyber, hendaklah kita sedar bahawa kita masih terikat dengan tuntutan syariat Allah SWT. Jangan sampai kita melupakan matlamat kejadian manusia diciptakan Allah untuk menjadi hamba Allah yang mengabdikan diri kepada-NYA dan untuk menjadi khalifah Allah SWT untuk mentadbir dunia ini dengan hukum syariat yang telah diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Dalam kita bergelanggang di dunia cyber, hakikatnya kita telah menyahut tuntutan fardhu kifayah iaitu menyediakan wadah yang bermanfaat di dunia cyber bagi tujuan mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Jadi gunakanlah bakat dan kepakaran yang ada untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Letaklah Al Quran dan Sunnah sebagai pemimpin kita dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Letakkan kepentingan agama di hadapan. Kepentingan nafsu, singkirkan terus dari dalam diri. Jadikan dunia cyber sebagai alat untuk menuju ke akhirat. Jangan sama sekali menjadikan dunia cyber sebagai alat untuk memenuhi tuntutan nafsu.


mengapa sesetengah orang melarang?

sebagaimana yang inni baru kupaskan di perenggan atas sebentar tadi...mungkin sesetengah orang melarang perkara ini terjadi kerana takut terjadi perkara seperti diatas..mungkin sesetengah orang juga menghalang kerana takut terjadinya ikhtilat...

apakah itu ikhtilat???

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
 "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat, KEKASIH, BERCOUPLE mahupun tidak alah juga yang mendakwa sebagai rakan chatting, rakan di laman sosial atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.

Justeru inni klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat berlainan jantina ini sebagaimana berikut :

1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta,bercouple sebelum nikah
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat.

PERLANGGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULANMUSLIMIN-MUSLIMAT MASIH TERJADI DAN HAL INI MUNGKIN DISEBABKAN KERANA:

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.


PERLANGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULAN IKHWAH DAN AKHWAT MASA KINI...

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".

Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga TERLANGGAR TIANG tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak SYARIE. LELAKI memandang WANITA dengan PENUH NAFSU dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian.

2. COUPLE

Duduk BERDUAAN DI TAMAN, kedai-kedai makan, berjaan berdua, TENGOK WAYANG BERDUAAN malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'JANGAN JAGA TEPIKAIN ORANG'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tida lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda denagn sewenangnya berdua-duaan.

sebenarnya banyak lagi perkara2 ikhtilat yang perlu dijaga oleh semua pihak..renung renungkanlah...

SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T SUDAH MEMBERI AMARAN KEPADA HAMBANYA

Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :

a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)

c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

KESIMPULAN...

Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

mungkin salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya ikhtilat sesama manusia adalah disebabkan melalui chatting juga.. renung renungkanlah dan selamat beramal..

adakah chat boleh menaikkan nafsu seseorang?

rasanya inni sudah memberi jawapannya pada perenggan2 yang di atas tu...jdi boleh la check sendiri di atas ek???
haha....wallahu a`lam...........
Labels: , , , edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...