Followers

asmaul husna inni.......
sedang berjalan jalan di laman sesawang youtube....tiba tiba terjumpa video ni....memang masyuk....haha.... layan.......


insaflah.......
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!...bunyi....aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu
mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke
dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu
menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba
dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas adaharimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus
hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya ..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu
lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah
malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan
kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang danjuga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

Subject: Fw: I minit...
1 minit untuk mengingati Allah


Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih
akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU'LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA
MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN


Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataan demi
perkataan


Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
mengingati,berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang
Maha Esa.


Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak
mereka untuk
mengingati,berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.
program???
salam ukhuwwah.....rasanya sudah lama inni tidak menukilkan cerita cerita yang hangat..hehe.... rasanya sudah lebih sebulan(memang lebih pun) inni tidak menceritakan apa yang berlaku di sekeliling inni...maklumlah...musim persekolahan pun sudah bermula...maka semua orang mempunyai perkara yang ingin dilakukan...termasuk juga inni yang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti agenda agenda yang telah inni susun sendiri sepanjang musim persekolahan ini...huhu...

secara keseluruhannya la...sepanjang inni mendiamkan diri daripada menulis entri blog inni akhafullah ini....sudah semestinya ada perkara yang menggembirakan, mencabar, menyedihkan..dan banyak lagi...tetapi mungkin ade la beberapa perkara yang inni ingin kongsikan..huhu... (ilmu ni orang kata jangan disimpan....kena kongsi...sampaikanlah walaupun satu ayat...)....

saat kaki melangkah ke MITIB sebagai seorang pelajar tingkatan 4 pada tahun 2011 ini..juga sebagai seorang senior di sekolah tersebut...tergambar di hati inni bagaimana untuk mengahadapi ujian yang semakin lama,semakin mencabar diri dan iman inni...juga mungkin sahabat-sahabat inni yang lain...tergambar bagaimana untuk menggalas segala bebanan yang dipikul...tetapi perkara sedemikian tak usah dikeluh kesah...kerana mungkin ianya membawa kepada satu hikmah yang benar.....

ternyata apa yang difikirkan inni menjadi kenyataan..apa yang inni takutkan kini mula menjengah...dan segalanya inni perlu tempuhi dengan tabah...ternyata awal tahun 2011 mula mencabar keimanan inni...tahun yang sarat dengan program!!...huhu...awal tahun sudah banyak program yang melibatkan inni sendiri...sehingga kadang kadang agenda yang telah inni programkan untuk diri sendiri tergendala....ternyata allah sedang menguji inni...ketika itu fikiran bergolak dengan kehendak sendiri dan arahan yang dikeluarkan...berikut merupakan 3 program yang paling bermotivasi bagi inni dan sedutan apa yang berlaku....program yang bagi inni best tapi penat..haha.saksikanlah....huhu...

akhir bulan 1 inni melibatkan diri dalam sukan ping pong antara sekolah sekolah daerah (MSSD)...mula mula tu rasa best sebab seminggu tak masuk kelas kerana sekolah mengeluarkan arahan untuk berlatih seminggu sebelum pertandingan...jadi sepanjang seminggu itu kami yang dipilih untuk mewakili sekolah ini berlatih tanpa menghiraukan rakan2 yang ke sekolah..haha...satu hari sedang inni berehat rehat setelah penat berlatih ping pong bersama rakan..inni memikirkan tentang rakan rakan yang sedang berada di sekolah...tiba tiba muncul satu perkara yang tidak semena menanya terlintas dalam benak "tu la...orang suruh pergi sekolah...main main...sekarang orang suruh main baru rasa nak pergi sekolah..."...haha...

seterusnya ialah...AMAL ISLAMI peringkat sekolah...huh...inilah program yang paling penat pada tahun ini tetapi berbaloi bagi inni...inni terpaksa memasuki banyak acara tahun ini lantaran acara yang dipertandingkan melibatkan menengah atas..dan hanya kami pelajar tingkatan 4 yang mengambil bahagian..huhu...pedih tak pedih..haha...acara yang inni sertai ialah...hafazan..khat menengah atas...syarahan bahasa arab menengah atas..dan nasyid terbuka...huh..bagi inni dah banyak tu walaupun hakikatnya ada pelajar yang sertai 7 hingga 8 acara...tapi inni tidak kisah..itu sendiri punya cerita la kan...haha...seperti yang inni kata tadi..amal islami ini lah program yang paling penat tetapi berbaloi...jadi...ape yang berbaloi???..ha..yang berbaloinya ialah inni mendapat johan dalam semua acara yang inni sertai...walaupun firqah inni mendapat tempat terakhir keseluruhan...haha..(teruk)....

program yang ketiga dan yang terakhir yang inni ingin kongsikan ialah...program majlis menghafaz al quran peringkat negeri selangor baru baru ini... tetapi inni bukan peserta dalam acara tersebut...pada tahun ini inni menyertai pertandingan tersebut di daerah sepang...tetapi nasib tidak menyebelahi...allah tidak izinkan...dapat no4...ok la tu kan...tetapi sebenarnya bukan ini yang inni ingin ceritakan...tetapi inni ingin ceritakan perasaan inni ketika malam penutupan majlis tersebut yang diadakan di bangunan SUK..di shah alam...perasaan inni ketika pengacara majlis mengumumkan nama nama pemenang pada malam tersebut sungguh tidak dapat dibayangkan...semangat yang berkobar kobar untuk menjadi seorang juara seperti mereka..cemburu melihat mereka menaiki pentas menjunjung hadiah...terpasang satu niat dan azam dalam diri inni untuk memenangi pertandingan tersebut..insya allah..berkat doa dan usaha pasti akan berjaya...inni memandang perkara seprti ini umpama cabaran buat diri sendiri.....harap pembaca mendoakan inni...huhu...

sebenarnya banyak lagi program yang menyusul sepanjang tahun ini..tetapi kalau nak diceritakan semua...lenguh la tangan inni ini menaip kan...haha....sekian dahulu daripada inni....wassalam......
duhai sahabatku.......
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…

Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…

Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….
selamat menuntut ilmu......
Labels: 0 comments | edit post
disebalik CHATTING.......
salam ukhuwwah....apa khabar para pembaca sekalian??..haa...entri kali ini sebenarnya atas permintaan seorang kenalan inni yang menginginkan inni mengupas isu berkaitan dengan `chatting`berlainan jantina.sama ada ianya dibenarkan atau tidak..inni pun pelik dengan tajuk yang diberi ini. tetapi untuk tidak mengecewakan kenalan inni tersebut, inni macam biasa menjelajah ilusi minda untuk memberikan sekelumit pendapat inni tentang perkara sebegini rupa. tiba tiba inni terfikir, bagus juga rakan inni itu bertanyakan tentang isu ini..teringin juga nak tau kan... tapi inni bgi pendapat dulu la....haha..

kenalan inni yang menanyakan perkara ini mempunyai beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh inni..agak rumit juga persoalan yang diberi... tetapi inni cuba..insya allah...persoalan yang dibangkitkan ialah:
~boleh ke berchatting antara lelaki dan perempuan?
~mengapa sesetengah orang melarang?
~adakah chat boleh menaikkan nafsu seseorang?

boleh ke berchatting antara lelaki dan perempuan?

pertama sekali, inni tidak nafikan yang inni pun pernah berchatting dengan individu yang berlainan jantina. bagi inni sendirilah, secara jujurnya.. inni merasakan berchatting berlainan jantina ini ada faedahnya dan ada musibahnya, ada kebaikan dan ada keburukannya.tetapi bagi inni, inni lebih cenderung kepada keburukan dan musibah. mungkin ianya dibenarkan jika perkara yang dibincangkan ketika ber`chat`ing itu sendiri sesuatu perkara yang boleh mendatangkan manfaat.mungkin juga ianya akan dilarang sekiranya apa yang dibualkan itu sesuatu yang tidak bermanfaat dan bersifat keduniaan semata mata..inni tidak mampu untuk memberi sebarang fatwa dalam hal ini memandangkan inni bukan seorang mufti..inni pernah menanyakan kepada sahabat2 inni..inilah jawapan yang inni dapat..
"tp slagi jage batas2nye aq rse takde problem..."
antara yang lain,
"aku rase boleh je...tapi berpada pada la der...."
itu la antara jawapan yang diterima inni.ini cuma perkara yang sedang berlegar legar di benak inni berkaitan persoalan yang cuba dibangkitkan oleh kenalan inni tersebut..renung renungkanlah..Sesungguhnya chatting (berborak melalui internet), hukumnya sama dengan berbual dan berbicara biasa iaitu harus. Allah dan RasulNya sudah memberikan panduan yang lengkap melalui al quran yang diturunkan dan sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam berchatting, seharusnya kita menyedari, bahawa segala percakapan atau tulisan kita, tetap diperhati oleh Allah SWT dan juga MalaikatNya Raqib dan Atid.

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawal yang selalu hadir.” (QS. Qaaf: 1)

Sepatutnya kita selalu menuturkan kata-kata yang baik. Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang mukmin supaya memilih untuk berdiam diri daripada berbicara perkara yang tidak berfaedah.

Dari Abi Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda :
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia selalu berkata baik atau hendaklah ia diam.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Firman Allah Taala :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Fushshilat: 33)

Perbualan dan perbincangan selalu di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Allah berfirman yang ertinya:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia". (An-Nisa: 114).

Janganlah kita mengucapkan kata-kata yang membawa kepada kufur, kotor, celupar, kasar, kesat, lucah dan seumpama dengannya sehingga berdosa kerananya.tetapi kadang2 inni juga selalu terlepas kata apabila sedang berchatting...sama sama la bermuhasabah kembali...huhu..

Terkadang berchatting dan berborak menyebabkan kita leka dan lupa waktu atau ketagihan. Ada di kalangan isteri yang sampai bercerai dengan suaminya kerana berchatting berjam-jam setiap hari. Ada pula pekerja yang akhirnya pekerjaannya jadi tidak sempurna kerana ketagihan chatting. Tidak kurang juga berlaku keruntuhan rumah tangga kerana maksiat siber ini. Sesuatu yang harus dan halal pada asalnya sekiranya disalahgunakan sehingga melalaikan dan mebinasakan diri dan orang lain akan jadi haram juga.

Dari Ibnu Umar berkata, Rasulullah saw bersabda,
“Janganlah kalian banyak bicara selain berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana hal itu akan membuat hati menjadi keras. Dan sesungguhnya manusia yang paling jauh dari Allah Ta’ala adalah orang yang berhati keras.” (HR. Tarmidzi)

bagi inni,Jika perbualan chatting tersebut bukan untuk menuntut ilmu atau bukan untuk medapatkan perkara yang bermanfaat, tapi hanya berborak-borak kosong yang tidak berguna, sebaik-baiknya kita tinggalkan demikian itu.

Sebaiknya dalam dunia chatting, kita meninggalkan perdebatan yang tidak menghasilkan faedah

Rasulullah bersabda:
"Aku adalah penjamin sebuah istana di taman syurga bagi siapa saja yang menghindari bertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bercanda". (HR. Abu Daud dan dihukum hasan oleh Al-Albani).

Janganlah kita mengumpat, mengadu domba, atau mengolok-olok sesetengah,kelompok ketika chatting.juga tidak dinafikan ..kadang2 inni pun melakukannya...haha..

Allah berfirman yang ertinya:
"Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain".(Al-Hujurat: 12).
Allah berfirman yang ertinya:

ustaz inni pernah membacakan ayat ini:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan) , dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokan) . (Al-Hujurat: 11).

Bergaul antara lelaki dan wanita yang bukan muhrimnya ada batasnya. Janganlah seorang lelaki dan wanita bergaul hanya berdua saja. Sebaiknya ditemani mahramnya. Jika hanya berdua saja, maka hilanglah rasa malu, dan menyebabkan boleh terjerumus ke arah zina.

Selain haram mengucapkan kata-kata kotor, juga jangan mendekati zina dengan menuturkan kata-kata yang manja, rayuan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya.

FirmanNya :,
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu pekerjaan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS 15:32)

Apatah lagi jika chatting itu kemudian dipanjangkan dengan temu janji dan bersentuhan serta ikhtilat yang tidak syarie.

Rasul SAW bersabda yang ertinya:
“Sekiranya ditusukkan jarum besi ke kepala salah seorang di antara kamu, itu lebih baik dari pada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR At-Thabroni dan Baihaqi dari Mi’qol bin Yasaar)

Firman Allah yang ertinya :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudungnya kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak memiliki keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (Qs 24 : 31).

sabda Nabi:
"Dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihat keduanya... (dan beliau menyebutkan) : Para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang, mereka menyimpang dari jalan yang benar dan memperlihatkan keburukan mereka kepada orang lain, kepala mereka seperti bonggol unta mereka tidak akan memasuki syurga, dan mereka tidak akan mendapatkan bau syurga, sesungguhnya bau syurga tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (HR. Muslim).

Ketika kita berchatting, mungkin kita tidak tahu siapakan rakan chatting kita. Kadang-kadang saja seorang lelaki menyamar sebagai wanita atau sebaliknya, atau orang yang jahat berlagak seperti orang bijak. Di AS, ada lelaki yang membunuh wanita teman chatting-nya setelah melakukan temu janji di luar. Oleh kerana itu, kita harus lebih berhati-hati dan berwaspada dengan siapa yang kita chatting.

Walaupun begitu ada juga artis-artis Hollywood diislamkan melalui dunia chatting. Berdasarkan bukti yang ada seorang artis wanita tanahair juga kembali jinak dengan agama sehingga meninggalkan dunia disco, nyanyian, lakonan dan dedah aurat dan solat yang tidak cukup selepas berchating dengan seorang arkitek islam yang menyamar sebagai office boy. Begitu juga dengan seorang mullaf dan seorang chatters eropah yang kembali ke pangkuan Ilahi dalam keadaan mengerti dan mengenal agama islam hasil dari didikan seorang chatter. Dan ada juga seorang lelaki Texas yang masuk islam, kerana chatting berbincang tentang Islam. Dia bertanya, ketika pengeboman NYWTC terjadi, apakah umat Islam yang melakukannya? Itu begitu simpati, kerana banyak wanita dan anak-anak yang jadi korban. Ketika dijelaskan bahawa Islam adalah agama yang damai, melarang umatnya memerangi umat yang berdamai/bersahabat dengan umat Islam, hanya berperang untuk bela diri, dan segera berdamai ketika musuh meminta damai, serta konsep Ketuhanan Islam, akhirnya dia masuk Islam.


Jadi chatting boleh jadi halal dan boleh juga jadi haram, ianya bergantung cara kita menggunanya. Dengan panduan di atas, semoga kita sentuasa berwaspada dan lebih berhati-hati, sehingga chatting yang kita lakukan, senantiasa dalam landasan beribadah dan mengingati Allah SWT.

Dalam kita melayari dunia cyber, hendaklah kita sedar bahawa kita masih terikat dengan tuntutan syariat Allah SWT. Jangan sampai kita melupakan matlamat kejadian manusia diciptakan Allah untuk menjadi hamba Allah yang mengabdikan diri kepada-NYA dan untuk menjadi khalifah Allah SWT untuk mentadbir dunia ini dengan hukum syariat yang telah diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Dalam kita bergelanggang di dunia cyber, hakikatnya kita telah menyahut tuntutan fardhu kifayah iaitu menyediakan wadah yang bermanfaat di dunia cyber bagi tujuan mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Jadi gunakanlah bakat dan kepakaran yang ada untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Letaklah Al Quran dan Sunnah sebagai pemimpin kita dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Letakkan kepentingan agama di hadapan. Kepentingan nafsu, singkirkan terus dari dalam diri. Jadikan dunia cyber sebagai alat untuk menuju ke akhirat. Jangan sama sekali menjadikan dunia cyber sebagai alat untuk memenuhi tuntutan nafsu.


mengapa sesetengah orang melarang?

sebagaimana yang inni baru kupaskan di perenggan atas sebentar tadi...mungkin sesetengah orang melarang perkara ini terjadi kerana takut terjadi perkara seperti diatas..mungkin sesetengah orang juga menghalang kerana takut terjadinya ikhtilat...

apakah itu ikhtilat???

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
 "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik-kakak-abang angkat, KEKASIH, BERCOUPLE mahupun tidak alah juga yang mendakwa sebagai rakan chatting, rakan di laman sosial atau apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.

Justeru inni klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat berlainan jantina ini sebagaimana berikut :

1. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama cinta,bercouple sebelum nikah
2. Hubungan lelaki dan perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat.

PERLANGGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULANMUSLIMIN-MUSLIMAT MASIH TERJADI DAN HAL INI MUNGKIN DISEBABKAN KERANA:

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.


PERLANGARAN BATASAN-BATASAN PERGAULAN IKHWAH DAN AKHWAT MASA KINI...

1. Tidak Menundukkan Pandangan (Gadhdhul Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah, tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".

Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga TERLANGGAR TIANG tetapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak SYARIE. LELAKI memandang WANITA dengan PENUH NAFSU dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian.

2. COUPLE

Duduk BERDUAAN DI TAMAN, kedai-kedai makan, berjaan berdua, TENGOK WAYANG BERDUAAN malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ di tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan mahasiswa. Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

Sememangnya masyarakat kian dirosakkan dengan istilah 'JANGAN JAGA TEPIKAIN ORANG'. Inilah suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah tida lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda denagn sewenangnya berdua-duaan.

sebenarnya banyak lagi perkara2 ikhtilat yang perlu dijaga oleh semua pihak..renung renungkanlah...

SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T SUDAH MEMBERI AMARAN KEPADA HAMBANYA

Firman Allah Subhanahu waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :

a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

b. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)

c. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)

KESIMPULAN...

Tuntasnya, persoalan ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

mungkin salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya ikhtilat sesama manusia adalah disebabkan melalui chatting juga.. renung renungkanlah dan selamat beramal..

adakah chat boleh menaikkan nafsu seseorang?

rasanya inni sudah memberi jawapannya pada perenggan2 yang di atas tu...jdi boleh la check sendiri di atas ek???
haha....wallahu a`lam...........
aduhai gadisku yang CANTIK....


AMARAN : Terdapat unsur2 dewasa di dalam artikel ini. Ianya bukan bertujuan jelek melainkan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Satu petang, mak inni tiba2 bertanyakan satu soalan kepada abang inni yang amat jarang ditanya oleh beliau sebelum ini,(nama abang inni tu zaki) “Ki, apa perasaan lelaki bila tengok perempuan mendedahkan aurat?”

abang inni yang ketika itu sedang meneguk air teh hampir tersedak . Segera dia meletakkan gelas di atas piring. Cepat2 dia ambil nafas semula, menenangkan diri.inni pula curi2 dengar ‘Kenapa plak mak tanya soalan ni tibe2 ni’, gumam abang inni.


abang inni pun menjawab secara ringkas, “Emm selalunya orang laki ni memang suke tengok pompuan yang pakai seksi2. Pastu kadang2 terasa nak kacau, terasa nak ngorat..gitu la lebih kurang.. kenapa tiba2 tanya camni ni mak?” dia bertanya kembali.

“Takdela, mak ada terbaca kat henset asit(abang inni), yang kawan dia ada ajak gi satu tempat, tapi dia tak nak pergi. Katanya sebab kat sana ada pompuan pakai skirt pendek2.. dia kata kalau tengok orang pompuan pakai seksi2 ni emosi jadi terganggu,”jawab mak inni.

inni dan abang inni terdiam. Mak inni pun diam. Tiada lagi pertanyaan mahupun huraian lain. inni tertunggu2 manalah tahu ada soalan susulan yang hendak diajukan kepada abang inni. Sambil2 menunggu abang inni mencapai semula gelas tadi. Tiada juga soalan, tetap diam. Lantas dia pun meneguk semula air teh yang masih berbaki di gelas. Sedikit tawar air teh tersebut.

Kenapa perempuan mendedahkan aurat?

inni termenung sebentar. Berfikir2 tentang sesuatu. Kenapa perempuan suka mendedahkan aurat?

Minta maaf kepada kaum hawa di luar sana. Mungkin soalan ini agak sensitif apabila ditanyakan pada perempuan. Tambah2 mereka yang terkena dengan soalan tersebut.

inni sendiri pernah bertanyakan pada orang2 tertentu tentang soalan ini. Antara jawapan yang diterima adalah seperti,

“Dah memang naluri orang pompuan suka berhias, nak buat macam mana lagi..”

Antara lain ;

“Dont judge a book by its cover. Luar je macam ni, dalam hati Allah je yang tahu..”

“Orang yang pakai jubah dan tudung labuh pun sama je jahat, kadang2 lebih teruk daripada kami ni, malah kami lebih bagus daripada dorang tu sebab kami tak hipokrit..”

Yang paling teruk ada yang menjawab ;

“Belum sampai seru nak tutup aurat lagi la beb..”

Emm inni tidak mahu mengulas jawapan2 tersebut. Cuma di sini inni ingin kongsikan beberapa realiti orang lelaki apabila terlihat kelibat perempuan seksi.

Apa reaksi lelaki apabila melihat perempuan seksi?

Ketahuilah, apabila orang lelaki bertembung dengan perempuan seksi, antara perkataan2 yang akan terpacul dari mulut mereka ialah ;

“Fushh, mantap beb,”

“Body montok beb, rugi tak tengok,”

“Ni kalau peluk pun sedap ni,”

Dan banyak lagi reaksi yang inni tidak sanggup untuk sebutkan di sini. Ni antara reaksi lelaki yang normal, kalau yang tak normal inni tak tahulah.

Tak percaya? Emm inni seorang lelaki, inni tahulah apa perasaan orang lelaki. Mungkin kalian selaku orang perempuan menganggap ianya hanya perkara remeh sahaja. Mungkin orang perempuan tidak pernah terfikir pun sejauh ini. Mereka hanya menganggap dengan berpakaian ketat dan mendedah2 tubuh ni hanyalah sekadar nak berfesyen atau mahu dipandang cantik oleh semua orang.

Saya sanggup bertaruh, panggil la ustaz atau ulama yang paling warak dan alim atas muka bumi ni, tanya kat dia apa yang dia rasa apabila melihat perempuan berpakaian seksi. Kalau ada yang berani bertaruh boleh hubungi saya di sini.

Maaf, bukan berniat untuk menzahirkan emosi. Mungkin ada sedikit tempias keemosian di perenggan atas ni. Huhu.

Keayuan anugerah Allah..

Percaya atau tidak, sebenarnya kaum hawa ni sudah tersedia cantik seperti yang sedia ada. Walau labuh macamana pun pakaian atau jilbab yang dikenakan oleh seseorang perempuan itu, dia tetap kelihatan menawan pada pandangan seorang lelaki. Walaupun hanya melihat susuk tubuh dari belakang tanpa melihat wajah sekalipun, mereke tetap kelihatan cantik. Sudah ketentuanNya menjadikan setiap daripada tubuh dan anggota wanita itu kelihatan cantik.

Kadang2 sesetengah perempuan beranggapan, “ala aku nak bagi nampak bentuk badan sikit je, bagi nampak menarik sikit, bukannya nak bogel pun..”

Ya memang kaum hawa ni sudah tersedia cantik seperti kejadiaannya. Percayalah apabila kalian memilih jalan untuk lebih menarik daripada apa yang telah tersedia ada, maka ia adalah SYAHWAT.

Apabila kalian memakai beberapa aksesori make-up pada wajah, dan sahabat anda memuji,

“Cantik la kau hari ni..”

Maka yang dipujinya itu bukanlah anda, tetapi make-up.

Seorang lelaki yang berniat jahat sangat2 sukakan gadis gedik dan manja. Kerana gadis2 ini bisa memuaskan nafsu mereka, nafsu seorang lelaki. Nafsu ini tidak pernah berkurangan dalam diri seorang lelaki.

Teringat kata2 seorang sahabat saya (perempuan), “Orang laki ni, makin tua makinmenggatal..”

Kalau tak percaya, kalian boleh mencuba eksperimen ini.

Suruh la mana2 perempuan pergi pada seorang lelaki yang dah agak berumur, tapi janganlah tua sangat, then buat gedik2 dan manja pada dia. Mesti dia akan berasa seronok, suka dan teransang. Malah mahu dijadikan isteri kedua pula agaknya.

Tapi cuba kalau seorang lelaki muda datang pada seorang perempuan yang dah agak berumur, buat2 manja sikit. Kompem kena pelempang rusia sebijik. Kecuali la kalau buat kat mak datin. Memang kena lahap la jawabnya (jadi gigolo)..haha...

Nafsu lelaki dan perempuan..

Nafsu orang lelaki dan perempuan berbeza. inni tidak tahu secara mendalam bagaimanakah jenis nafsu yang ada pada perempuan melainkan nafsu membeli belah, barang kemas, make-up, eksesori dan nafsu ingin dicintai. Jarang sekali mendengar kes2 orang perempuan merogol lelaki, atau orang perempuan meninggalkan boyfriend dia setelah puas melampiaskan nafsu bersama teman lelakinya. Kalau ada pun peratusan tersebut sangat kecil. Malah secara puratanya kes tersebut hanyalah berlaku dalam 2 tahun sekali (mengikut perangkaan sendiri..huhu).

Tapi nafsu orang lelaki ni lain. kalau baca berita, dalam 1 hari hampir empat berita yang menceritakan kes lelaki rogol perempuan, lelaki meninggalkan kekasih dan macam2 lagi. Kesemuanya berita yang menceritakan tentang nafsu orang lelaki, dan kebiasaannya yang menjadi mangsa ialah perempuan. Kes buang anak yang didiamkan lagilah banyaknya. Saya rasa kalian pun menyedari berita2 tersebut.

Demikianlah. Hinggakan timbul ungkapan, “PEREMPUAN ADALAH SIMBOL SEKS”.

inni rasakan ada benarnya ungkapan tersebut. Sebab dengan melihat perempuan, akan timbulnya nafsu syahwat. Pusing la arah mana sekalipun, dari depan nampak buah dada, dari belakang nampak punggung yang menonggek, dari tepi lagilah nampak kedua2nya..maaf...huhu..

Kalau orang lelaki jangan harap. Tengokla dari arah manapun, takde orang perempuan yang teransang (err..kalau saya silap sila sanggah di ruangan komentar).

Maka ungkapan tersebut telah mendapat hujah dan buktinya yang konkrit. “PEREMPUAN ADALAH SIMBOL SEKS.”

Persoalannya sekarang, adakah anda setuju dengan pengiktirafan tersebut? Adakah anda setuju andai orang di sekeliling anda mengatakan, “woi simbol seks, jom seks dengan aku..”? adakah anda rela diperkosa oleh orang lelaki dengan sewenang2nya? Hari ini orang lain, esok orang lain. Lusa orang lain...

Jikalau anda tidak bersetuju dan bertegas untuk mempertahankan maruah anda, maka anda adalah orang yang beruntung. Andalah perempuan yang paling dinanti2kan oleh semua orang lelaki di dunia ini. Malah orang lelaki yang paling jahat di atas muka bumi pun menginginkan orang seperti anda. Tidak ada seorang pun lelaki di dunia yang ingin memperisterikan orang yang telah tercemar maruahnya.

Tidak ada orang yang memilih nangka yang telah busuk dan berulat untuk dimakan, semua orang menginginkan nangka yang paling cantik dan molek isinya, tidak pernah disentuh oleh ulat walau seekor pun.

Demikianlah halnya dengan orang perempuan. Ibaratkan dirimu bagai buah nangka. Walau cantik manapun luaran nangka tersebut, orang akan memilih berdasarkan isi dalam yang masih elok dan terpelihara dari sebarang serangga. Manakala yang busuk dan rosak akan dibuang begitu sahaja walau cantik mana pun luarannya.

Bebaskan dirimu dari belenggu nafsu lelaki..

Islam telah menunjukkan jalan keselamatan untuk mengatasi masalah ini. Pencipta kita teramat memahami lumrah dan kecenderungan setiap manusia. Dia tidak pernah menetapkan sesuatu yang menjadi bebanan kepada hambaNya. Setiap percaturan terdapat hikmah2 yang tertentu. Namun, hanya sedikit yang menyedarinya.

Adakah anda tergolong dalam golongan yang sedikit itu? Bersediakah untuk menjadi golongan yang sedikit ini?

Islam memberi kebebasan untuk manusia memilih fesyen berpakaian. Pakailah apa yang dirasakan selesa dan cantik. Hal ini hanya termasuk dalam cabang2 hukum (furu’) dan bukan usul.

Yang menjadi perkara asas (usul) ialah menutup aurat dengan sempurna. Pusinglah tudung arah manapun, yang penting ianya menutup keseluruhan rambut dan menutup dada. Pakailah baju yang berbunga warna-warni sekalipun, yang penting menutup keseluruhan tubuh (kecuali tapak tangan) dan tidak menampakkan susuk tubuh.

Apabila anda menutup kesemua simbol seks yang berada pada tubuh anda, maka orang lelaki tidak berani untuk mengganggu anda. Malah kalau ada yang nak mengorat pun pasti akan malu kesipu2an. Sebaliknya apabila anda mendedahkannya, orang lelaki sangat suka. Mereka akan berebut2 untuk mengganggu anda.

Percayalah hakikat ini. inni seorang lelaki, inni tahu apa yang inni rasa, dan apa yang sering dibincangkan oleh orang lelaki di sekitar inni. Kecenderungan seks seorang lelaki sangat tinggi berbanding perempuan. Tu la sebab banyak bayi kena buang sebelum sempat ia memanggil ibu..(tetiba masuk lirik lagu Mestica – Wajah Sucipula..)

Dan satu perkara lagi, realiti yang harus kalian sedar, orang lelaki akan berlepas tangansetelah tercapai kepuasan nafsu mereka. Itulah sebab mengapa orang lelaki suka meninggalkan perempuan setelah merasakan puas dengan perempuan tersebut dan bertindak untuk mencari perempuan lain pula. Amat malanglah kalian kalau mudah terjerumus pada pujukan cinta seorang lelaki. Itulah hikmah mengapa Allah suruh kahwin antara lelaki dan perempuan. Sebab dengan adanya ikatan pernikahan, lelaki akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap seseorang perempuan itu. Kalau tidak kerana ikatan tersebut, nescaya lelaki akan meninggalkan perempuan tersebut dan mencari perempuan lain pula untuk memuaskan nafsu mereka lagi.

Maka tulah pentingnya kenapa seorang perempuan perlu menjaga dirinya daripada segenap segi, lebih2 lagi akhlak dan sikap. Tutuplah aurat dengan sesempurna mungkin. Nak berhias pun, berhiaslah dengan berpada2. Janganlah melampaui batas.

inni kasihan apabila membaca berita2 wanita malang yang sering diperlakukan oleh orang lelaki. Namun inni tahu, perkara ini takkan berhenti sampai hari kiamat. Lelaki akan tetap dengan nafsu mereka. perempuan akan tetap menjadi mangsa sampai bila2.

Kuncinya hanya satu, KAMU YANG MEMILIH JALAN MANA YANG MAHU KAMU 
perginya 2010..membawa seribu erti...
alhamdulillah....2010 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.....di saat inni menulis entri kali ini, inni sedang merenung kembali perjalanan hidup inni sepanjang tahun ini. semestinye setiap perkara yang berlaku itu ada suka dan duka yang perlu ditempuhi. banyak perkara yang telah inni lalui sepanjang tahun 2010 ini. ada yang sedih, gembira, menginsafkan..dan banyak lagi sebenarnya.

dan sebenarnya banyak perkara yang inni ingin kongsikan dengan para pembaca, dari bermulanya 2010 menjelang..kemudian pertengahan tahun sehinggalah sedar atau tidak...sudah menghampiri penghujung tahun... huhu...jadi inni ingin berkongsi sedikit perjalanan inni sepanjang tahun ini. yang baik jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan insya allah.....

awal tahun 2010 bermulanya kehidupan inni sebagai seorang pelajar tingkatan 3... yang bakal mengmbil PMR pada waktu itu...tetapi sekarang sudah berlalu.....huhu...seperti biasa inni mengorak langkah sebagai seorang pelajar yang ingin menuntut ilmu allah...tidak dinafikan..kadang2 niat inni terpesong sedikit ketika menuntut ilmu ini. nafsu yang bergelora dalam dada seorang remaja ini memng susah untuk dilawan jika tidak mempunyai mentaliti dan fizikal serta intelektual yang mantap untuk menanganinya....tapi sebenarnya ini bukan topik yang inni nak kongsikan...tetapi pengalaman inni sepanjang tahun 2010 ini.

sebenarnya ada satu kisah yang ingin inni kongsikan dengan pembaca..tetapi inni rasa tidak payahlah..sebab ianya boleh dikategorikan sebagai salah satu kisah hitam dalam hidup inni..haha...minta maaf banyk2... sepanjang inni berada disekolah atau dirumah...perkara yang sama berulang seperti biasa sebagai seorang insan yang normal....sepanjang waktu sebelum PMR di sekolah..inni banyak belajar perkara baru yang sangat berguna..inni dan rakan2 lain yang bakal menduduki PMR pada wktu itu didedahkan dengan pelbagai perkara yang membawa kami untuk berjaya pada masa akan datang..seperti ceramah motivasi daripada orng2 kenamaan yang pernah menempa nama dan kejayaan suatu ketika dahulu...tergerak hati inni untuk menjadi seperti mereka...huhu...itulah yang inni harapkan...

antara perkara lain yang inni dapat belajar ialah kesatuan di dalam jamaah..inilah perkara yang paling terkesan dalam hati inni  ketika apabila kami bersama sama membaca surah yasin dan solat hajat setiap malam selepas waktu prep malam di MITIB sehingga malam sebelum menjelang PMR...jelas kelihatan di situ satu ukhuwwah yang rapat antara kami semua( yang lelaki je la...haha..perempuan lain2 la...)..hingga sekarang.. hubungan antara kami bertambah erat antara satu sama lain...selepas PMR...inni merasa lega sedikit kerana bebanan yang digalas tidak seberat dulu...tetapi inni tidaklah meninggalkan terus..cuma merasa lega kerana selama ini mimpi ngeri yang ditakut2kan telah tamat...haha... selepas itu...kehidupan inni berjalan seperi biasa...seperti insan lain..

sebenarnya banyak lagi perkara yang inni ingin kongsikan, tetapi kalau hendak ditulis semuanya..mungkin entri inni ini akan jadi panjang sangat...nanti pembaca tk mahu baca pulak..haha...kadang2 inni pun malas membaca entri yang begitu panjang...anyway...inni akan merindui setiap kenangan yang manis atau pahit sepanjang 2010 yang telah inni lalui.....salam muhibbah.......huhu....
durani-hakikat......


Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya


Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...



Allah ya Allah..



Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya



Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Allah ya Allah..

gerak laku bertambah kaku
lakaran nafsu yang telah jemu
namun diriku bertambah malu
padamu ya Rabbi yang miliki..sisaan nafsu.....


Beruntungnya kita ini……………………
salam ukhuwah.....entri kali ini inni terjumpa di blog salah seorang kenalan inni. kisah yang sungguh bermanfaat ini boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian. ikuti kisah selanjutnya..........

Seorang bijak telah melalui hadapan rumah seorang lelaki. Orang bijak itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Orang bijak itu bertanya kepada lelaki tersebut, “Kenapa kamu pukul kucing yang lemah itu?”
Jawab lelaki tersebut, “Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadan yang tersangat lemah dan kedinginan. Kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat. Tetapi sesudah kucing itu sihat, ia membuang najis dan kotoran di merata-rata tempat di rumahku”.
Kemudian berkatalah si orang bijak tadi, “Ini sebenarnya peringatan dan ibarat antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dah dhaif. Lalu beri kita makan, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita rasakan, kita derhaka kepada-Nya, tidak tidak melaksanakan perintah-Nya dan belum mengikut cara hidup kekasih-Nya, iaitu Rasulullah s.a.w. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepada-Nya, Dia masih belum menyeksa atau memukul kita dengan azab-Nya”.
Kemudian pergilah orang bijak itu dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenang dosa-dosanya terhadap Allah. Jika dia lambat diperingatkan oleh orang bijak itu tadi, sudah tentu dia akan dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana telah mencuba menyeksa kucingnya.....
seindah khabar.....
alhamdulillah.....satu seruan yang perlu inni ucapkan kehadrat allah s.w.t.atas limpah kurnianya selama ini. entry kali ini inni ingin menceritakan satu peristiwa yang sangat penting dalam hidup inni...haha...tajuk entry ini saja inni bagi suspen sikit..haa...nak tau ke apa yang seindah khabar??...hari ini, 23/10/2010 merupakan satu tarikh yang amat penting bagi seluruh pelajar tingkatan tiga di seluruh malaysia kerana pada tarikh ini mereka akan mengetahui sejauh mana prestasi mereka sepanjang tiga tahun menuntut di sekolah menengah..iaitu keputusan PMR atau dengan lebih tepat Penilaian Menengah Rendah.....huhu...tetapi entry kali bukan inni nak cerita keputusan orang lain...tetapi ingin cerita tentang inni la...haha....ceritanya bermula begini....

seawal 4.30 pagi inni sudah bangkit dari katil. rasa tidak selesa menyelubungi kerana mimpi perkara pelik yang inni pun sudah tidak ingat mimpinya apa...haha..selepas membaca doa bangun tidur, inni memulakan langkah ke bilik air dalam keadaan mamai untuk mengambil wudhuk. hampir sahaja di hadapan bilik air, langkah inni secara tiba tiba terhenti, kerana handset inni tiba tiba mengeluarkan bunyi yang aneh...inni mencapai handset tersebut sejurus membaca apa yang tertulis.inilah apa yang tertulis. `HARI NI KEPUTUSAN PMR`. sambil membaca dalam keadaan mamai, tiba2 mata inni terbeliak...terus segar mata inni "ya allah, baru aku ingat ari ni result kluar" itulah kata2 yang inni keluar dari mulut inni. selepas mengambil wudhuk, inni mencapai quran poket di atas meja dan terus menyelak helaian untuk mengulang. msuk saja waktu subuh, inni solat dengan adik inni di ruang tamu rumah.selesai solat, inni ingin menyambung bacaan quran, hmpir 5 minit selepas itu, inni tertidur...haha...mungkin penat yang tidak terhingga kot....

"sam....bgun la, ari ni result ko kluar kan??" suara mak inni memasuki ruang telinga inni.lantas inni trus bangun lalu terus ke bilik mandi untuk mandi...memang la...takkan la tido kot kan??inni tros bersiap siap dan mak inni menghantar ke stesen bas untuk ke MITIB bagi mengambil keputusan. mak inni tidak boleh menghantar inni kerana ada urusan yang lain...huhuhu...inni terus skip kepada result yang akan inni ambil ek?? pnjg sangat nanti kalau nak diceritakan semuanya.......

sampai di MITIB...perasaan bercampur baur...."nk sedih ke tak nak??" getus hati inni.padahal inni belum ambil result lagi...haha.. sampai di bangunan pentadbiran, inni terus melihat papan kenyataan di situ...
"ek ele...ni senarai nama yang dapat 9,8,dengan 7A rupenye..name aku ade ke tak ye??" hati kecil inni bersuara...punya la check, check, nama inni tiada. perasaan semakin gundah dengan keputusan yang bakal dihadapi. inni bergegas terus ke bilik mesyuarat untuk mengetahui result sebenar inni. masuk saja dalam bilik tersebut, inni disambut oleh beberapa guru inni. antaranya teacher noryani dan teacher zaleha... jelas terpampang di wajah mereka kegembiraan yang tidak tau inni nk sebut macam mana...hahu...selepas itu teacher noryani memanggil inni dan terus bertanya" agak2 berape A syam??".huhu...inni menggaru kepala sambil berkata"apa yang dlm slip tu itulah keputusan sya"...itulah kata kata inni. saat yang dinantikan sudah tiba, teacher noryani menyerahkan slip di tangan inni.."huuu...nk tgok ke tak??"...getus hati inni. "ahhh....tgok je la"...satu suara membisik....inni pun melihat slip itu "A,A,A,B,B,C,A,A,A..."..terkejut tidak terhingga inni pada masa itu....rasa tidak percaya pun ada jugak" betul ke ni result aku??"..bile inni tgok balik...memang nama inni di situ.."boleh la 6A pun,6A la...tkpe..aku masih ada al quran"...antara gerak hati yang bermain dalam benak inni...selepas keluar..inni menelefon mak inni untuk memberitahu keputusan....apa apa pun... keputusan inni ini cukup membanggakan bagi seorang hamba yang bersyukur....itulah yang seindah khabarnye....hahaha
C.O.U.P.L.E; suatu keperluan atau kemahuan?
Salam...

Entri yang terbaru ini, inni tujukn 'khas' kepada rakan2 sebaya yang cukup
inni hormati di luar sana..
Apa yang baik, marilah sama2 kita ambil pengajaran..
dn peringatan..

Dalam meniti usia remaja, pelbagai dugaan datang bertalu-talu
banyak perkara baru mahu dicuba..
termasuklah 'bercouple' sebelum berkahwin..

apabila ditanya kepada 'pasangan2 muda' ini;
"mengapa kamu bercouple?"
macam2 alasan diberikan...
"Mudah nk study", "sbagai inspirasi", "tmpt untuk luahkn maslh dn perasaan" dn 1001 alasan yang lain..

inni bukan mahu mengecam mana2 pihak..
tetapi inni mahu mengingatkan kembali diri dn kawan2
tentang apa yang halal dn apa yang haram..
Mari kita sama2 renungkn..








Nak 'Couple' Boleh Tak??


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’? 

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.



Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram? 
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata.


Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”[1]
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]



Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.





Apa Yang Patut Dilakukan? 
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.
Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.


Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :
“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. 

Wallahua’lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...